Pilihan Tema : 

Jabatan Perubatan Rehabilitasi

Jabatan Perubatan Rehabilitasi terdiri daripada 3 unit berasingan iaitu Unit Perubatan Rehabilitasi, Unit Fisioterapi dan Unit Pemulihan Carakerja. Jabatan ini diketuai oleh Dr Noriani Bin Abu Bakar , Pakar Perubatan Rehabilitasi sebagai Ketua Jabatan.

 

  • Unit Perubatan Rehabilitasi bermula di Hospital Melaka pada tahun 2013 dan masih berada di tempat sementara iaitu di Klinik Rawatan Kesakitan. Perkhidmatan yang diberikan adalah melibatkan perkhidmatan rehabilitasi bagi pesakit dalaman dan luar.

    Skop Perkhidmatan

    Pesakit Dalaman

    Spinal Rehabilitation, Amputee Rehabilitation, Stroke/Neuromedical Rehabilitation, Neurosurgical Rehabilitation, Peadiatric Rehabilitation serta lain-lain perkhidmatan klinikal.  Perkhidmatan pesakit dalaman juga meliputi beberapa aktiviti seperti:

    • Interdisciplinary Round bersama-sama dengan team members.
    • Family Meeting bersama-sama dengan pesakit dan keluarga/ penjaga untuk membincangkan perihal perkembangan rehabilitasi pesakit dari masa ke semasa.
    • Flexible Endoscopic Examination of Swallowing (FEES) bekerjasama dengan Jabatan Otorinolaringologi.
    • Single Channel Cystometry untuk Neurogenic Bladder Management (Perkhidmatan baru yang ditambah pada tahun 2015)

    Pesakit Luar

    • Klinik Perubatan Rehabilitasi – General (Hari Rabu setiap minggu di Klinik Rawatan Kesakitan)
    • Specialized Clinic merangkumi:
      • Klinik Prosthetic & Orthotic Clinic yang ditambah menjadi 2 sessi setiap bulan.
      • “Check out” Clinic di Ortopedik Klinik setiap 2 kali sebulan untuk memastikan peralatan perubatan yang dibekalkan kepada pesakit memenuhi spesifikasi alatan.
      • Klinik Spasticity sekali sebulan untuk perkhidmatan suntikan Botolinum Toxin bagi spasticity management.
      • Combine Diabetic Foot-Rehab Clinic setiap 2 kali sebulan di Ortopedik Klinik.
      • Klinik Amputee (Setiap Jumaat di Unit Fisioterapi)
      • Klinik Cardiac Rehabilitation dan Cardiac Rehabilitation Fasa 2 (Setiap Jumaat di Unit Fisioterapi)

    Perkhidmatan Kepakaran di Hospital Kluster Melaka (Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah)

    1. Pesakit Luar
    Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi – 2 kali sebulan di Hospital Alor Gajah dan sekali sebulan di Hospital Jasin.

    2. Pesakit Dalaman
    Perkhidmatan disediakan bagi Team Approach dan Pakar yang bertanggungjawab akan memastikan perawatan rehabilitasi diberikan dengan sebaiknya.

  • Perkembangan pesat Perkhidmatan Fisioterapi Hospital Melaka yang telah berusia lebih setengah  abad, terbukti dengan peningkatan beban kerja yang ketara serta sambutan yang memberansangkan terhadap pengwujudan bidang pengkhususan tertentu.
    Unit Fisioterapi sentiasa komited di dalam mencapai Visi dan Misi Unit yang sejajar dengan Visi dan Misi Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri dan Hospital Melaka.

    Objektif

    • Memberi perkhidmatan Fisioterapi berjadual yang komprehensif, holistik dan terbukti berkesan (Clinical Effectiveness) dengan penggunaan Amalan Berdasarkan Bukti (Evidence-Based Practice)  kepada pesakit luar dan di dalam wad berlandaskan Piawaian Amalan Fisioterapi.
    • Merangka program rehabilitasi yang bersesuaian dengan penggunaan teknologi dan kemahiran tinggi serta terkini untuk mencapai tahap berdikari yang tinggi selaras dengan ketidakupayaan yang dialami.
    • Memperkembangkan perkhidmatan (expanded) Fisioterapi di semua disiplin perubatan dan menjangkau (extended) kesemua kelompok masyarakat bagi memastikan kualiti hidup yang lebih sihat berlandaskan skop ‘Promotive, Preventive, Rehabilitative dan Curative’.
    • Menyediakan program pembelajaran berterusan untuk setiap warga kerja unit selain memberi pengajaran klinikal kepada pelatih Fisioterapi, Kejururawatan, Penolong Pegawai Perubatan, Kedoktoran dan Guru Pendidikan Khas yang menjalani penempatan klinikal di unit ini.

    Skop Perkhidmatan

    • Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif dan holistik kepada pesakit dalam dan pesakit luar di Unit Fisioterapi dengan penggunaan pelbagai modaliti perawatan berlandaskan Piawaian Amalan Fisioterapi.
      • Pain relief management through Electrotherapy including thermal & cold therapy
      • Exercise therapy
      • Manual therapy (Myofascial Release, Joint mobilization, Dry needling) Cryotherapy
      • Specialization Program:
        1. Women & Men Health including Lympoedema management
        2. Phototherapy
        3. Cardiac Rehabilitation
        4. Amputation Program
        5. Weight Reduction Program
        6. Ergonomic & workstation consultation
      • Chest Physiotherapy, Limb Physiotherapy & Ambulation (Pesakit dalam)
    • Perkhidmatan Fisioterapi disediakan pada hari dan waktu - waktu seperti berikut:
      • Waktu tugas rasmi Isnin hingga Jumaat
        • 7.30 pagi hingga 5.00 petang (pesakit luar)
        • 8.00 pagi hingga 5.00 petang (pesakit dalam)
      • Hari cuti umum dan cuti biasa hujung minggu: “Scheduled Call” dijalankan di wad intensif seperti ICU/CCU/SCN/HDW dan wad-wad biasa yang mempunyai pesakit dengan alat bantuan ventilation.
      • Klinik Fototerapi dikendalikan pada setiap hari Isnin hingga Khamis (2.00 hingga 4.30  petang) bagi kes-kes rujukan Jabatan Dermatologi.
  • Unit Pemulihan Carakerja memulakan perkhidmatan pada tahun 1975 dan sahingga kini telah 39 tahun memberikan perkhidmatan pemulihan pada pesakit yang memerlukan di Hospital Melaka. Pada tahun 2014 Unit Carakerja telah berusha untuk mencapai sasaran perkhidmatan Pemulihan Carakerja iaitu untuk meningkatkan kebolehan pesakit agar dapat mencapai Kefungsian Keberdikarian Maksima di dalam Kehidupan Harian mereka.

    Skop Perkhidmatan

    Unit Pemulihan Carakerja membahagikan perkhidmatan mengikut skop perkhidmatan khusus dan sub-speciality iaitu:

    • Perkhidmatan Pemulihan Pesakit Dalam
    • Perkhidmatan Pemulihan Pesakit Luar
    • Perkhidmatan Pemulihan bidang pengkhususan (Specialization)
    • Perkhidmatan Pemulihan Out-Reach
    • Pengurusan dan Pentadbiran Unit
    BIL BAHAGIAN PERAWATAN AREA
    AM PENGKHUSUSAN
    1 Fizikal Ortopedik Hand Injury
    Spinal Rehab
    Home Based Rehab. Return to work
    Pre Driving Assessment
    Pain Management
    2 Medikal Geriatric rehab. Stroke Rehab Cardiac Rehab
    3 Surgikal Traumatic Brain -injury Burn
    4 Kanak-kanak Celebral Palsy Developmental -
    Stimulation Baby Massage Pre - school
    Sensory  - Integration
    Behavior Modification
    School Based - Rehabilitation
    5 Syndrome
    6 Developmental Delay
    7 Autistic
    ADHD
    8 Psikiatri Psychosis Behavior – Modification Relaxation Cognitive Behavioral – Therapy Social Skill Training Working  Skill - Training Job Placement
    9 Neurosis
    10 Other Psychiatry Disorders
    11 Komuniti Psikiatri

Toggle Setting Menu