Pilihan Tema : 

Jabatan Kerja Sosial Perubatan

  • LATAR BELAKANG

    • Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan di Hospital Melaka semenjak tahun 1954 dengan hanya seorang anggota. Pada peringkat awal perkhidmatan ini, ianya dikenali sebagai perkhidmatan Lady Almoner dan kemudiannya perkhidmatan ini dikenali sebagai Unit Kebajikan Perubatan iaitu pada 1994. Bersesuaian dengan perkembangan kerjaya, perkhidmatan ini telah ditukar Nama kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) pada tahun 2013.
    • JKSP Hospital Melaka kini beroperasi dengan lapan orang anggota iaitu seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat (Kementerian Kesihatan Malaysia) atau dipanggil Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) Gred S52, seorang Gred S48, tiga orang Gred S44, seorang Penolong Hal Ehwal Islam Gred S38, seorang Pembantu Tadbir N19 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12.
  • VISI DAN MISI

           
       VISI  
      
    • Ke arah peningkatan kesejahteraan sosial masyarakat.

       MISI  
    • Memberi perkhidmatan sosial yang berkualiti dan profesional kepada pesakit-pesakit yang mempunyai masalah psiko-sosial pada setiap waktu dan masa
  • OBJEKTIF 

    Untuk memberikan perkhidmatan sosial berasaskan prinsip kerahsiaan, prihatin dan berkesan bagi mengatasi masalah psiko-sosial mereka seiring dengan konseo rawatan “Total Patient Care”.
    Untuk membantu memulihkan semula pesakit-pesakit dengan meningkatkan kefungsian sosial mereka agar menjadi anggota masyarakat yang produktif, berkualiti serta berdikari dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.

  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Secara amnya, perkhidmatan kerja sosial perubatan menangani pelbagai isu biopsikososial dan sosioekonomi yang melibatkan pendekatan multi-disiplin dalam mencapai objektif ‘total patient care’. Perkhidmatan yang disediakan di hospital-hospital adalah untuk memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses rawatan dan pemulihan. Ia turut membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi lebih produktif, berdikari dan kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
    • Sejajar dengan peningkatan gejala sosial di seluruh negara, perkhidmatan kerja sosial perubatan telah diperluaskan ke peringkat kesihatan primer iaitu di klinik-klinik kesihatan pada tahun 2010. Perkhidmatan ini meliputi aspek pencegahan, rawatan, pemulihan dan juga promosi.

    • Profesional yang bertugas di dalam perkhidmatan ini dikenali sebagai Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) dalam kategori Allied Health Professional (AHP) Kementerian Kesihatan Malaysia. PKSP membantu menyelesaikan masalah biopsikososial pesakit yang dirujuk oleh pakar dan pegawai-pegawai perubatan dari semua jabatan klinikal yang ada di hospital.

  • JENIS PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

    jksp1

    PERKHIDMATAN BANTUAN SOKONGAN TERAPI YANG DIBERI OLEH PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN

    • Pesakit Kronik
    • Penderaan Kanak-Kanak
    • Keganasan Rumahtangga
    • Ibu Tanpa Nikah
    • Keganasan Seksual
    • Pesakit Terdampar
    • Pesakit Bermasalah Tingkah Laku
    • Kes Orang Kurang Upaya
    • Lain-Lain Kes Yang Memerlukan Sokongan Terapi

    PERKHIDMATAN BANTUAN PRAKTIK YANG DIBERI OLEH PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN

    • Penyediaan Laporan Penilaian Biopsikososial
    • Bantuan pembelian peralatan perubatan yang tidak ditanggung oleh kerajaan
    • Bantuan untuk menjalani rawatan perubatan yang tidak disediakan di hospital kerajaan
    • Bantuan membeli ubat-ubatan yang tidak dibiayai oleh kerajaan di hospital kerajaan
    • Bantuan kewangan am segera
    • Perancangan discaj pesakit
    • Lawatan Ke Rumah
    • Penempatan di institusi kebajikan di bawah agensi kerajaan dan bukan kerajaan
    • Penginapan andi rumah perantaraan sementara menjaga pesakit yang dirawat di hospital
    • Bantuan wang panjar runcit yang diperuntukan oleh pihak pengurusan hospital
    • Menghubungkan dengan sumber-sumber di dalam komuniti melalui jaringan kerjasama di antara NO dan NGO
    • Lain-lain bantuan praktik

    PERKHIDMATAN YANG DIBERI OLEH PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN PRIMER (DI KLINIK KESIHATAN)

    Perkhidmatan Pencegahan (Preventive)

    • Mengenalpasti dan mengendalikan ” Potential Social Disease”

    (Potensi Permasalahan / Gejala Sosial)

    • Penyiasatan Sosial
    • Mengadakan sesi temubual dengan individu, keluarga, majikan, sekolah dan mereka yang berkaitan.
    • Menentukan diagnosa sosial ( social diagnosis)
    • Menentukan jenis rawatan sosial-kesesuaian dan kelayakan bantuan.
    • Pendidikan / Penyampai Maklumat dan Perkhidmatan Perundingan
    • PKSP berperanan sebagai perancang dan penggerak aktiviti, kordinator, peranan sokongan, khidmat nasihat dan perundingan, pusat rujukan, menguruskan dan mengendalikan ”group kaunseling, group & family support”

    Perkhidmatan Kuratif (Rawatan Sosial)

    • Ini lebih berfokus kepada intervensi terhadap masalah sosial yang dikenalpasti.
    • Penilaian masalah psiko-sosial, sosio-ekonomi klien
      Contohnya:
      • Kualiti perhubungan dan sokongan keluarga
      • Sumber-sumber dalaman- kekuatan dan kelemahan diri klien
      • Masalah ekonomi

    KRITERIA PENERIMA BANTUAN

    Bantuan diberikan kepada pesakit yang di rujuk oleh pegawai perubatan hospital/klinik kesihatan dan memenuhi syarat-syarat berikut:

    1. Pesakit warganegara Malaysia.
    2. Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi lain bagi mengesahkan pengenalan diri.
    3. Pesakit bukan warganegara Malaysia yang melibatkan perundangan sosial dan kes bencana sahaja.
    4. Pesakit miskin/kurang berkemampuan.
    5. Pesakit yang memerlukan perkhidmatan sosial.

    SUMBER BANTUAN/JARINGAN KERJASAMA

    jksp2

     

    Agensi Kerajaan

    BIL.

    AGENSI 

    TUJUAN

    1

    Kementerian Kesihatan Malaysia

    Tabung Bantuan Perubatan (TBP)

    Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKaB40)

    ·       Bantuan kewangan bagi pembiayaan peralatan dan rawatan perubatan

    2

    Jabatan Kebajikan Masyarakat

    ·       Perlindungan

    ·       Liason/ networking

    ·       Bantuan kewangan bulanan/ am

    ·       Penempatan Institusi

    ·       Pendaftaran OKU

    3

    PDRM

    ·       Laporan Polis

    ·       Perintah Perlindungan Interim (IPO) dan Perintah Perlindungan Tetap (PO)

    ·       Perkembangan siasatan

    4

    Jabatan Agama Islam/ Majlis Agama Islam / Lembaga Zakat

    ·       Kaunseling perkahwinan dan perundangan keluarga

    ·       Isu penceraian

    ·       Penempatan Institusi

    ·       Penguatkuasaan

    ·       Bimbingan dan khidmat nasihat

    ·       Bantuan kewangan / am

    5

    Biro Bantuan Guaman

    ·       Khidmat perundangan

    6

    Jabatan Pelajaran Negeri

    ·       Isu persekolahan

    7

    Jabatan Pendaftaran Negara

    ·       Pengesahan Status Kewarganegaraan

    ·       Mengesan Waris

    ·       Tribunal Perkahwinan

    ·       Pengangkatan

    ·       Konsultasi Pendaftaran Kelahiran

    10

    Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

    ·       Bantuan Kewangan

    ·       Bantuan Logistik

    ·       Bantuan Makanan

     

    Agensi Bukan Kerajaan

    BIL

    AGENSI 

    TUJUAN

    1

    Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

    ·       Bantuan peralatan perubatan dan rawatan kepada pesakit-pesakit kanser

     2

    Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)

    ·       Bantuan peralatan perubatan dan bantuan am

    3

    Pertubuhan Buddhist Tzu Chi

    ·       Bantuan kewangan bagi  rawatan dan peralatan perubatan

    4

    Persatuan Pemeliharaan dan Penyaraan Kanak-kanak Malaysia (MACAS)

    ·       Bantuan saraan kanak-kanak

Toggle Setting Menu