Pilihan Tema : 

Jabatan Dietetik & Sajian

  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Dietetik & Sajian bertanggungjawab sepenuhnya menyediakan perkhidmatan makanan kepada pesakit di wad, doktor bertugas atas panggilan serta anggota paramedik yang layak di Hospital Melaka.

    Sistem pengagihan makanan kepada pesakit adalah menggunakan sistem pengagihan makanan secara berpusat (centralised plating). Walau bagaimanapun disebabkan kapasiti tenaga sumber manusia dan prasarana sediada, sistem ini dapat dijalankan di sebahagian besar wad serta terhad untuk hidangan makan tengahari dan makan malam sahaja.

    Jabatan ini juga menjalankan perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit dalam wad dan pesakit luar yang dirujuk oleh Pakar/Pegawai Perubatan. Rundingcara pemakanan juga diadakan secara individu atau berkumpulan.

  • VISI DAN MISI

           
       VISI  
      
    • Jabatan Dietetik & Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan sajian, perkhidmatan dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kemnterian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
       MISI  
    • Memberikan perkhidmatan penyediaan makanan secara berpusat “Centralized Plating System” kepada pelanggan dengan hidangan diet yang betul mengikut pesanan.
  • OBJEKTIF 

    Memberikan perkhidmatan penyediaan makanan secara berpusat (centralized plating) kepada pesakit di wad.
    Memberikan perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit yang dirujuk mengikut diagnosa dan masa yang ditetapkan.

  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Memastikan perkhidmatan makanan pesakit dan perkhidmatan dietetik klinikal dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan
    • Membekalkan diet normal dan diet terapeutik secara Centralised Plating System mengikut pesanan wad bagi pesakit di wad
    • Membekalkan diet kepada doktor bertugas atas panggilan.
    • Memberi perkhidmatan dietetik kepada pesakit yang dirujuk mengikut diagnosa dan masa yang ditetapkan.
    • Mengadakan ceramah pemakanan kepada anggota paramedik dan agensi-agensi lain mengikut permintaan.
    • Mengurus program latihan Katering dan Dietetik untuk pelatih dari Institusi Pengajian Tinggi apabila perlu.
    • Menggalakkan penglibatan kajian dan penyelidikan katering dan dietetik klinikal / dietetik komuniti mengikut keperluan demi meningkatkan mutu perkhidmatan.
  • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    • Rundingcara pemakanan secara individu atau kumpulan
    • Perkhidmatan sajian (penyediaan makanan untuk pesakit dalaman)

     

  • AKREDITASI

    • Pensijilan semula HACCP
    • Pensijilan HALAL
    • Pensijilan semula MESTI

Toggle Setting Menu