Sempena bulan Ramadan yang mulia, Hospital Jasin dengan kerjasama Kelab Sahabat dan Jawatankuasa Surau Raudhatus Syifa' telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih bersama anak-anak yatim dari Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Daerah Jasin pada 5 April 2023 @ 14 Ramadan 1444H.
Hadith yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
ALBUM GAMBAR