The Official Website of
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

Unit Kejururawatan

PENGENALAN

Unit Kejururawatan Hospital Jasin merupakan unit yang mempunyai kenggotaan yang paling ramai dan terdiri dari beberapa gred jawatan iaitu dari gred U19 hingga gred U42.

Hospital Jasin mempunyai 103 buah katil bagi pesakit dalam. Justeru itu agihan anggota kejururawatan seramai 139 orang telah dibuat mengikut kemahiran, keperluan dan beban tugas di sesuatu lokasi. Unit Kejururawatan juga memberi perkhidmatan kepada pesakit luar dalam bidang  klinikal serta memberi khidmat nasihat kepada semua pelanggan. Mereka di tempatkan di Wad Multidisiplin Lelaki dan Perempuan, Wad Kanak-kanak, Unit Rawatan Intensif (ICU), Dewan Bedah, Dewan Bersalin, Unit Kecemasan dan Trauma, Unit Hemodialisis, Unit Perubatan Tradisional Dan Komplimentari, Unit Rawatan Harian dan Klinik Pakar.

Selain dari menjalankan tugas-tugas klinikal dan hakiki, anggota Unit Kejururawatan juga sentiasa melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kualiti dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan oleh unit dan organisasi  seperti ISO, Akreditasi, Baby Friendly Hospital, Program Laktasi dan lain-lain.

Bagi memenuhi keperluan Hospital Kluster, Hospital Jasin merupakan Unlead Hospital menerima pesakit step down dari Hospital Melaka dan kes step up ke Hospital Melaka bagi kes yang memerlukan rawatan kepakaran.

 

VISI

Bersama-sama mengembeling tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik melalui kecemerlangan profesionalisma Kejururawatan.

 

MISI

  • Memajukan profesyen Kejururawatan ke tahap nilai yang lebih tinggi.
  • Meningkatan pengetahuan dan inovasi serta mendidik mentaliti kelas pertama
  • Menguruskan isu-isu kejururawatan secara konstruktif dan proaktif
  • Menambahkan baik dan mengekalkan piawaian kualiti perkhidmatan kejururawatan

 

OBJEKTIF

  • Meningkatkan produktiviti dalam latihan perkhidmatan Kejururawatan
  • Menjana sumber-sumber baru dalam teknologi dan pengetahuan servis intensif, ICT dan kepakaran Kejururawatan
  • Memperkukuhkan system pentadbiran Kejururawatan

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Menyediakan kemudahan perkhidmatan penilaian, diagnosa, rawatan dan penjagaan serta pemulihan kepada semua peringkat pesakit dalam : lelaki dan perempuan dewasa, kanak-kanak lelaki dan perempuan
  • Memberi pendidikan kesihatan kepada semua pesakit
  • Perkhidmatan 24 jam di Unit Kecemasan dan pesakit dalam

 

 

ANGGOTA KEJURURAWATAN

JAWATAN

KEPERLUAN

DIISI

KOSONG

U42

1

1

0

U36

2

2

0

U32

10

10

0

U32/U29

96

95

1

U24/U19

35

31

4

 

Contact Us

Address :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
Telephone Num :: 06-5294262
Faks Num :: 06-5295262
Email :: hjasin[@]moh.gov.my

Downloads

  List Of Forms
  Infection Control Information
  Hospital Jasin Laboratory Handbook
  (3rd Virtual Edition, Rev 2)
  Pharmacy's Bulletin
  eZ-Pamphlets (Digital Pamphlets)

 

Visitor Statistics

Today 135

Yesterday 83

Week 218

Month 2366

All 109731

  • Last Modified: Friday 13 September 2024, 06:40:35.