Pengenalan
Jawatan Penyelia Jururawat Negeri (Perubatan) yang baru diluluskan pada ABM 2009 pada March 2009 bertanggungjawab kepada Ketua Penyelia Jururawat Negeri dan berkerjasama dengan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) dalam mengimplimentasikan perkhidmatan perawatan di hospital-hospital dalam negeri Melaka.
Visi
Melaksanakan perkhidmatan kejururawatan yang cemerlang secara optima merangkumi perkhidmatan penyayang, kerja berpasukan secara profesional untuk kepuasan pelanggan.
Misi
Melaksanakan perawatan berkualiti dan berusaha sama dengan profesional kesihatan untuk mencapai tahap kesihatan optima :
- Meningkatkan dan mengekalkan status kesihatan pelanggan yang berkualiti.
- Meningkatkan tahap kompetensi seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
- Menghargai kesihatan adalah nilai tertinggi
Objektif
- Memastikan jururawat memberi perawatan yang berkualiti dan bermutu tinggi kepada pesakit.
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan perawatan berfokuskan mesra pelangan, komunikasi berkesan dan khidmat penyayang.
- Meningkatkan tahap professionalisme melalui kompetensi, seiring dengan perkembangan teknologi terkini dengan mengadakan pendidikan kejururawatan berterusan.
- Menjalinkan hubungan baik dengan semua kakitangan, pelanggan dan unit- unit lain untuk mencapai matlamat jabatan.