Bertanggungjawab menyebarkan dan melaksanakan dasar kesihatan pergigian serta memberi maklum balas untuk penambahbaikan. Memastikan dasar kesihatan pergigian dilaksanakan dengan jayanya serta mengkaji semula dasar kesihatan pergigian untuk penambahbaikan berterusan.
Epidemiologi & Penyelidikan Kesihatan Pergigian:
Membangun kapasiti warga pergigian BKPNM dalam bidang penyelidikan dan mengenal pasti kajian-kajian kesihatan pergigian di peringkat negeri untuk menghasilkan bukti (evidence-based) melalui penemuan kajian serta menyelaras kajian kesihatan pergigian di peringkat kebangsaan dan negeri untuk keperluan penggubalan dasar yang baru di samping penambahbaikan dasar sedia ada.
Perkembangan Profesion Kesihatan Pergigian:
Mengurus pembangunan profesion personel pergigian bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran sepanjang hayat.
Pembangunan dan Perkembangan Fasiliti Kesihatan Pergigian:
Memantau perkembangan fasiliti Kesihatan Pergigian baru dan sedia ada termasuk infrastruktur dan peralatan mengikut piawaian dan garis panduan berdasarkan keperluan semasa.
Pengurusan Maklumat Kesihatan Pergigian:
Memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Teknologi Kesihatan Pergigian:
Memantau aktiviti mengikut Clinical Practice Guidelines (CPG), Approved Product Purchased List (APPL) dan penilian teknologi bagi perkhidmatan kesihatan pergigian.