Farmasi:Perkhidmatan Farmasi Pesakit

  • Perkhidmatan Farmasi Klinikal Perkhidmatan Farmasi Klinikal menawarkan khidmat pemantauan pesakit di dalam wad oleh Pegawai Farmasi. Pemantauan yang dilakukan adalah merangkumi therapeutic drug monitoring, kaunseling ubat-ubatan dan pendispensan ubatan kepada pesakit discaj. Pegawai Farmasi klinikal ditempatkan di wad-wad hospital di mana mereka terlibat dalam ward round bersama-sama pasukan perubatan yang lain. Pegawai Farmasi klinikal bertanggungjawab memastikan rawatan pesakit di wad adalah pada tahap optima,memastikan keadaan pesakit stabil, memberikan kaunseling kepada para pesakit di wad bagi memastikan penggunaan ubat yang betul dan berkesan.
     
  • Farmasi Sokongan Nutrisi Memberikan perkhidmatan penyediaan nutrisi parenteral dan admikstura intravena untuk pesakit-pesakit yang memerlukan.
    Bekerjasama dengan profesional kesihatan yang lain untuk memberikan regimen sokongan nutrisi yang terbaik kepada pesakit.  
     
  • Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR) Ubat-ubat sitotoksik disediakan dengan cara yang selamat dan berkesan serta siap untuk diguna di wad. Sediaan ini merupakan komponen yang penting di dalam rawatan pesakit kanser.
    Penyediaan ubat sitotoksik perlu dijalankan oleh pegawai yang terlatih dalam kawasan khas dan terkawal dengan peralatan yang sesuai bagi mengelakkan pendedahan kepada ubat tersebut.
     
  • Perkhidmatan Farmasi Farmakokinetik Perkhidmatan farmasi Farmakokinetik Klinikal adalah sebahagian daripada penjagaan farmaseutikal yang melibatkan pengurusan ubat-ubatan yang mempunyai julat terapeutik yang sempit (narrow therapeutic range). Ia melibatkan pemahaman ciri farmakokinetik/ farmakodinamik ubat-ubatan dalam keadaan penyakit tertentu dan populasi pesakit. Pada dasarnya perkhidmatan farmakokinetik klinikal digunakan untuk memastikan ubat- ubatan yang ditetapkan berada dalam julat terapeutik yang disyorkan serta memantau keberkesanan, ketoksikan dan pematuhan.
     


© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara