Profil Unit
Unit Pematuhan Domestik bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti pematuhan di peringkat negeri.
Objektif
Untuk memastikan pelaksanaan semua dasar, polisi dan strategi berhubung dengan pemantauan dan pematuhan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Fungsi
- Merancang, mengkaji dan menyelaras aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983, Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan peraturan di bawahnya.
- Menguruskan isu-isu keselamatan makanan di peringkat domestik.
- Memantau tahap pematuhan kepada standard dan pelabelan bagi makanan domestik.
- Memantau tahap kebersihan premis makanan.
- Merancang dan menyelaras serta menialai aktiviti penguatkuasaan makanan di peringkat domestik.
Program / Aktiviti
- Pensampelan makanan
- Pemeriksaan premis makanan
- Pemantauan kilang/pengimport di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya
- Menyiasat setiap ketidakpatuhan yang dikesan hasil pemantauan
- Pengurusan reten bulanan dan tahunan program keselamatan dan kualiti makanan negeri.