BKKM: Sekolah Latihan Pengendali Makanan

  PERKHIDMATAN  KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

Kementerian Kesihatan telah melancarkan latihan program pengendali makanan pada tahun 1996 dengan mengiktiraf institut swasta bagi menjalankan kursus asas dalam aspek kebersihan dan pengendalian makanan. Menerusi program ini modul latihan yang seragam untuk semua pengusaha dan pengendali makanan telah diwujudkan. Sesi latihan ini dikendalikan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM di seluruh negara.

Objektif Program ini ialah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 telah diwartakan pada 28 Februari 2009 dengan mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Kursus LPM di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM. KKM bertanggungjawab sepenuhnya dalam aktiviti akreditasi dan pemantauan bagi SLPM dan tenaga pengajar.  Di Melaka Terdapat sebanyak 9 buah sekolah latihan pengendali makanan (yang menawarkan kursus kepada orang luar) yang diiktiraf oleh KKM.  Bagi mereka yang ingin menghadiri kursus LPM boleh hubungi sendiri dengan sekolah-sekolah berkenaan untuk mendapatkan jadual kelas.

Secara ringkasnya Program LPM melibatkan aktiviti seperti berikut :

  1. Akreditasi SLPM - Proses untuk mendapatkan pengiktirafan yang melibatkan institusi atau organisasi yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti latihan pengendali makanan kepada pengendali makanan yang terlibat di dalam penyediaan, penghidangan dan penjualan makanan.
  2. Kursus Wajib Tenaga Pengajar - Kursus yang perlu dihadiri bagi individu yang memohon melayakkan individu tersebut mendapatkan pengiktirafan sebagai tenaga pengajar
  3. Pengiktirafan Tenaga Pengajar - Proses yang melibatkan individu yang lulus kursus wajib sebelum mengajar dan mengendalikan kursus latihan pengendali makanan kepada pengendali makanan.
  4. Audit pemantauan dijalankan terhadap SLPM dan tenaga pengajar bagi memastikan SLPM dan tenaga pengajar yang telah diiktiraf beroperasi mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh KKM.
  5. Tindakan boleh dikenakan bagi mana-mana SLPM yang didapati gagal mematuhi syarat-syarat akreditasi yang telah ditetapkan seperti amaran, penggantungan dan penarikbalikan pengiktirafan.

KKM telah mengeluarkan Garis Panduan Skim Akreditasi Program Latihan Pengendali Makanan (LPM) sebagai panduan kepada semua SLPM dan tenaga pengajar yang diiktiraf serta individu yang berminat untuk menyertai skim akreditasi Program LPM. Garispanduan ini juga membantu memberi panduan kepada juruaudit semasa menjalankan proses pemantauan bagi SLPM dan tenaga pengajar.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Program Latihan Pengendali Makanan di Portal Rasmi BKKM .

Senarai Sekolah Pengendali Makanan di Melaka

Nama Syarikat Alamat Nama Koordinator Nombor Telefon
KAREACAS NETWORK GLOBAL SDN BHD JC 3450, JALAN TBF 4A/1, SEKSYEN 4, 77200, BANDAR JASIN BESTARI, JASIN, MELAKA MOHAMAD NOR ADLI BIN NURDIN 06-5210706
info@kareacas.com
KOLEJ PROFESSIONAL MARA
BANDAR MELAKA
146, JALAN HANG TUAH, 75300, MELAKA, NABILAH BINTI MANSOR 013-5826478 / 06-2812011
nabilah.mansor@mara.gov.my
POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA KB1031, PEJABAT POS MERLIMAU, 77300, MERLIMAU, JASIN, MELAKA AHMAD AUZANI BIN RAZALI 019-9831610 / 06-2636687
ahmadauzani@pmm.edu.my
C&J FOOD MANAGEMENT NO.13-1, JALAN KLJ 6, TAMAN KOTA LAKSAMANA JAYA, 75200, MELAKA NG JEAN HAN 018-3698977 / 06-2884128
zoey@cjfoodmanagement.com.my
ITS MANAGEMENT SDN BHD NO.47-2, JALAN PPM8, PLAZA PANDAN MALIM BUSSINESS PARK, 75250, MELAKA TAN LAY GUAT 012-7181162 / 06-3350619
hscmlk@gmail.com
KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG NO. 2 JALAN BBP1, TAMAN BUKIT BERUANG PERMAI, 75450, BUKIT BERUANG, MELAKA TENGAH SHABANA BINTI MOHAMAD YUSOFF 012-6350746 / 06-2332806
shana_nana2001@yahoo.com
DAUN HIJAU ENTERPRISE G10 PERINGGIT POINT, JALAN BATU HAMPAR, MUKIM PERINGGIT, 75350, MELAKA ZAWIAH BINTI LODZ zawiahlodz@gmail.com
012-6815771 / 012-6815771
HUMAIRA GLOBAL MANAGEMENT & SERVICES PLT NO. LOT 21-1, JALAN KF 1, KOTA FESYEN MITC, 75450, BUKIT BARU, MELAKA TENGAH, MELAKA NOOR AISHAH BINTI ABDULLAH mhumairaglobal@gmail.com
011-26329392
KOLEJ RISDA SDN BHD UNIVERSITI KOLEJ AGROSAINS MALAYSIA, LOT 2020 AYER PAABAS, 78000, ALOR GAJAH, MELAKA MIZAN FATIHAH BINTI MOHAMAD slpm.ucam@gmail.com
017-9844665 / 06-5529227
RSS CONSULTANT & SERVICES F-07, ARAS 1, KOMPLEKS MELAKA MALL, JALAN TUN ABDUL RAZAK, LEBUH AYER KEROH, JALAN HANG TUAH JAYA, 75450, MELAKA THILAGAWATHY A/P GOVINDASAMY rss.slpm@gmail.com
019-3845986
KOPERASI INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA ALOR GAJAH KOPERASI KAKITANGAN IKTBN ALOR GAJAH, KM34, JALAN RAMUAH CHINA BESAR, 78300, MASJID TANAH, ALOR GAJAH, MELAKA HAIRUL ANUAR BIN ZAKARIAH hairulanuarzakariah@gmail.com
012-9061405 / 06-3851255
UniKL MICET UNIKL MICET, LOT 1988, BANDAR VENDOR, TABOH NANING, 78000, ALOR GAJAH, MELAKA MOHD ZULKHAIRI BIN ABDUL RAHIM mohd.zulkhairi@unikl.edu.my
013-6779113 / 06-5512000
© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara