Bahagian Perkhidmatan Farmasi

  KORPORAT  BAHAGIAN
Profil Bahagian

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Melaka merupakan sebahagian daripada perkhidmatan yang diselaraskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Melaka memberikan perkhidmatan sokongan dan teknikal dan ianya diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi).

Bahagian ini terdiri daripada tiga cawangan iaitu :
 

  • Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi
  • Cawangan Penguatkuasa Farmasi
  • Cawangan Pengurusan Farmasi

Visi

Menerajui pengurusan berkualiti ke atas ubat-ubatan melalui tenaga kerja yang berdaya saing, sains dan teknologi bersesuaian dan perkongsian dengan semua pihak yang berkepentingan.

Misi

Memastikan ubat-ubatan berkualiti untuk negara.

Objektif

  • Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan iklan ubat dan perkhidmatan perubatan mematuhi akta-akta dan peraturan yang dikuatkuasakan dan juga meningkatkan kesedaran pengguna ke atas penggunaan ubat yang berdaftar.
  • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti penggunaan ubat secara berkualiti, keselamatan pengubatan, pengurusan ubat, perkhidmatan farmasi ambulatori dan klinikal serta menjalankan aktiviti audit dan penyeliaan ke atas fasiliti bagi memastikan perkhidmatan farmasi adalah berkualiti.
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan keperluan sumber manusia dan kewangan, pengurusan aktiviti kualiti, pembangunan dan informatik.

Senarai Perkhidmatan Farmasi

 

Penjagaan Farmaseutikal

Farmasi Ambulatori

Perkhidmatan farmasi ambulatori merupakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang disediakan kepada pesakit yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain menjalankan pendispensan ubat di kaunter serta kaunseling ubat-ubatan, perkhidmatan yang ditawarkan adalah;

Farmasi Pesakit Dalam

Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam merupakan salah satu perkhidmatan asas yang ditawarkan di semua hospital. Aktiviti utama Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam adalah pembekalan ubat kepada pesakit di wad. Farmasi Bekalan Wad menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan ke wad, klinik dan unit-unit lain dalam hospital melalui sistem unit dos, sistem “top-up” ubat dan bekalan stok tersedia serta ‘bedside dispensing’ serta kaunseling ubat

 

Antara perkhidmatan yang di berikan di bawah Farmasi Pesakit Dalam adalah

Perkhidmatan Utama lain
  • Maklumat ubat
  • Program pendididikan Kenali Ubat Anda
 

Pelesenan dan Penguatkuasaan

Pelesenan

Memproses permohonan baru, pembaharuan/ pembatalan Lesen Racun Jenis A/B/E/Permit NaOH/Permit untuk membeli dan menggunakan Bahan-Bahan Psikotropik

Senarai Cawangan  dan Unit Bahagian Farmasi


Cawangan Amalan dan Perkembangan

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi

Cawangan Pengurusan Farmasi

Pencapaian

PUSAT PANGGILAN FARMASI KEBANGSAAN
1800-88-6722

knowyourmedicine.gov.my | pharmacy.gov.my

© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara