Log Masuk Pengguna
Log Masuk Pengguna
Nama Pengguna
Katalaluan
Tiada Akaun? Jadi ahli
Panel Kawalan
Panel Kawalan
A+ | A | A- :: #000#f00#0f0#00f
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain 
Teks:
1em
| Warna: Asal  | Set Semula
Carian:
Maklumat Perhubungan
Maklumat Perhubungan
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Aras 3,4 dan 5 Wisma Persekutuan Jalan Business City, Bandar MITC 75450 Ayer Keroh, Melaka
T: 06-2356999 F: 06-2345969
E: jkesihatan@moh.gov.my
Bantuan Dokumen Penerbitan Suapan RSS Laman Facebook Rasmi JKNM Peta Laman

Unit Vektor

UNIT VEKTOR

OBJEKTIF UMUM

  • Mengurangkan morbidit dan mortaliti penyakit – penyakit bawaan vektor supaya tidak lagi menjadi suatu masalah kesihatan umum di Negeri Melaka.
  • Mencegah kejadian penyakit bawaan vektor di kawasan mana tiada wabak pada masa kini.
  • Mencegah kemasukan semula ( re – introduction ) penyakit hawar ( plague ) ke Negeri Melaka.
  • Mencegah pengimportan ( importation ) penyakit demam kuning ( yellow fever ) ke Negeri Melaka.

Objektif KHUSUS
 
1.1 Kawalan Penyakit Malaria.
  1. Mengurangkan morbiditi dan mortaliti disebabkan oleh penyakit malaria supaya ianya tidak lagi menjadi masaalah kesihatan umum.
  2. Menghalang kemunculan semula penyakit malaria di kawasan di mana tiada rebakan masa kini.
  3. Matlamat kadar insiden penyakit malaria tidak melebihi 0.5 kes setiap 10,000 penduduk.
  4. Kadar Fataliti kes malaria = 0%
 1.2 Kawalan Penyakit Denggi
  1. Mengurangkan morbiditi dan mortaliti Demam Denggi / Demam Denggi Berdarah supaya ia tidak lagi menjadi masalah umum.
  2. Mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes kepada tahap di bawah 1.0% Indeks Rumah ( A.I ) dan Indeks Breteau ( B.I ) tidak melebihi 5.
  3. Meningkatkan sokongan masyarakat serta penglibatan mereka dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi.
  4. Mendapat penglibatan sepenuhnya dari pihak berkuasa tempatan dalam aktiviti kawalan penyakit denggi.
  5. Matlamat kadar insiden denggi RMK 9 bagi Negeri Melaka :
  • Kadar Insidens penyakit Demam Denggi adalah < 50 kes setiap100,000 penduduk.
  • Kadar Insidens penyakit Demam Denggi Berdarah adalah < 2 kes setiap100,000 penduduk.
  • Kadar Kes Fataliti Demam Denggi / Demam Denggi Berdarah adalah < 0.2%.
  • Kadar Kes Fataliti Demam Denggi Berdarah adalah < 1.0%.
1.3 Kawalan Penyakit Filariasis
       Mencegah kejadian penyakit di kawasan yang tiada endemik.
 
1.4 Kawalan Penyakit Japanese Encephalitis
      Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit ini.
 
1.5 Kawalan Penyakit Tifus
       Mengurangkan morbiditi penyakit ini.
 
1.6 Kawalan Penyakit Hawar (Plague)
      Untuk menghalang kemasukan semula penyakit hawar ke dalam negara. Aktiviti ini dijalankan di Pelabuhan dan Lapangan Terbang Antarabangsa.
           
1.7 Kawalan Penyakit Demam Kuning (Yellow Fever)
      Untuk mencegah pengimportan penyakit demam kuning ke dalam negara. Aktiviti ini dijalankan di Pelabuhan dan Lapangan Terbang Antarabangsa.
 
 
STRATEGI UMUM
  • Strategi-strategi umum seperti berikut dirancangkan untuk mencapai objektif CPBV.
  • Stratifikasi kawasan-kawasan sebagai pendekatan baru epidemiologi malaria mengikut kawasan bermalaria, kawasan berpotensi malaria dan kawasan tidak bermalaria.
  • Memprioritikan (prioritisation) kawasan-kawasan sebagai pendekatan epidemiologi denggi mengikut kawasan prioriti satu, prioriti dua, prioriti tiga dan prioriti empat.
  • Memperhebatkan pendidikan kesihatan kepada masyarakat.
     

STRATEGI KHUSUS

1.1 Kawalan Malaria
  • Stratifikasi kawasan malaria mengikut terminologi kawasan bermalaria, kawasan berpotensi malaria dan kawasan yang tidak bermalaria.
  • Tinjau Alam untuk mendapatkan bangunan atau struktur yang boleh dan juga yang tidak boleh disembur racun serangga.
  • Semburan bangunan-bangunan atau struktur dengan racun serangga untuk memutuskan talian perjangkitan (chain of transmission).
  • Pengesanan kes-kes malaria dengan cara aktif dan pasif, serta pendekatan Penjagaan Kesihatan Primer (PHC).
  • Diagnosa Makmal dengan pemeriksaan mikroskopik contoh slaid darah.
  • Pendaftaran semua kes positif malaria.
  • Pengubatan semua kes malaria.
  • Menyiasat semua kes malaria untuk mendapatkan punca dan cara jangkitan kepada pesakit malaria.
  • Ikutan kes malaria untuk mempastikan ianya sudah sembuh dan tidak akan menjadi punca jangkitan lagi.
  • Pengawasan rapi entomologi untuk mengesan kekebalan (“resistance”) spesis vektor terhadap racun serangga yang digunakan dan juga mengesan perubahan dalam tabiatnya.
  • Kajian kekebalan (“resistance”) parasit malaria terhadap ubat malaria seperti chloroquine.
  • Pemusnahan jentik-jentik di dalam parit-parit anti malaria di pinggir perbandaran.
1.2 Kawalan Denggi
  • Surveilans Epidemiologi - menerusi notifikasi kes yang cepat melalui telefon atau faksimili.
  • Diagnosa makmal menerusi ujikaji dan pengesahan makmal yang cepat hasil dari teknik makmal yang standard.
  •  Pengendalian klinikal yang lebih baik menerusi pengesanan kes dan perawatan sokongan di hospital.
  •  Kawalan penyakit menerusi penyiasatan kes dan tindaksusul.
  •  Kawalan vektor menerusi pengurangan sumber tempat pembiakan vektor, pemusnahan nyamuk dewasa dan jentik-jentik melalui semburan kabus dan penguatkuasaan undang-undang.
  •  Surveilans Entomologi melalui kajian jentik-jentik dan nyamuk dewasa.
  •  Kerjasama dan usahasama dengan agensi-agensi lain untuk mengawal/mencegah penyakit demam denggi di kalangan penduduk tertentu atau kawasan tertentu seperti di sekolah, kawasan bandar.
  •  Memperhebatkan Pendidikan Kesihatan termasuk menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan denggi.
1.3 Kawalan Filariasis
  • Menjalankan kajian filariasis di kawasan dan kumpulan penduduk tertentu yang berisiko tinggi iaitu di Kg. Orang Asli, Pekerja Asing di Tapak Binaan, Rumah Kongsi, Kilang atau Asrama Kilang di bandar.
  • Pengawasan rapi entomologi untuk mengesan vektor pembawa penyakit filariasis dan mengkaji taburannya.
 1.4 Kawalan Japanese Encephalitis
  • Pengawasan rapi penyakit ini.
  • Pengawasan rapi vektor Japanese Encephalitis dan mengkaji taburannya.
1.5 Kawalan Tifus
  • Pengawasan penyakit Tifus
  • Rawatan semua kes Tifus
 
1.6 Kawalan Penyakit Demam Kuning (Yellow Fever)
  •  Pengesanan rapi nyamuk Aedes di Lapangan Terbang dan Pelabuhan

 

PIAGAM PELANGGAN
 
KOMITMEN KAMI
 
Memberi Perkhidmatan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor Yang Berkualiti, Adil dan Saksama.
 
Memberi Kesedaran Tentang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor Kepada Masyarakat Melalui Aktiviti Pendidikan Kesihatan Yang Berkesan dan berterusan.
 
Menyiasat Semua Aduan Terhadap Program dan Anggotanya Dan Mengambil Tindakan Yang Berpatutan Terhadap Aduan Tersebut.
 
Menjalankan Penilaian Setiap Tahun Terhadap Strategi Dan Aktiviti Pencegahan dan Pengawasan Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor Dengan Harapan Untuk Meningkatkannya.
 
Memastikan Semua Laporan Disediakan dan Dihantar Mengikut Jadual dan Tempoh Yang Ditetapkan.
 
Memberi perkhidmatan melalui layanan mesra yang menerapkan nilai-nilai Penyayang, Bekerja Berpasukan dan Profesionalisma.
 
Memberi suasana persekitaran kerja yang selesa.
 
 
KOMITMEN KAMI TERHADAP PENYAKIT BAWAAN VEKTOR
 
1. PENYAKIT MALARIA
  • Sebaik sahaja kes Malaria dikenalpasti dan disahkan tindakan penyiasatan dan langkah-langkah kawalan dan pencegahan akan diambil dalam tempoh 48 jam oleh CPBV Daerah.
  • Bagi semua kajian darah beramai-ramai untuk mengesan Penyakit Malaria, aktiviti pendidikan kesihatan akan diberikan.
 
2. PENYAKIT DENGGI
  • Sebaik sahaja kes Denggi dilaporkan, tindakan penyiasatan dan langkah-langkah kawalan dan pencegahan akan diambil dalam tempoh 24 jam oleh CPBV Daerah.
  • Setiap premis yang diperiksa bagi mencari tempat pembiakan Aedes, pendidikan kesihatan akan diberikan kepada penghuni rumah.
 
3. PENYAKIT FILARIASIS
  • Sebaik sahaja kes Filariasis dikenalpasti, tindakan penyiasatan dan langkah-langkah kawalan pencegahan serta rawatan awal akan diberikan dalam tempoh satu minggu oleh CPBV Daerah.
  • Apabila kajian Penyakit Filariasis dilakukan, pendidikan kesihatan mengenai penyakit Filariasis akan diberikan.
4. PENYAKIT JAPANESE ENCEPHALITIS
  • Sebaik sahaja kes Japanese Encaphalitis dilaporkan, tindakan penyiasatan dan langkah-langkah kawalan dan pencegahan akan diambil dalam tempoh 24 jam oleh CPBV Daerah.
5. PENYAKIT HAWAR DAN DEMAM KUNING
  • Memastikan semua kawasan pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa bebas dari nyamuk Aedes di dalam lingkungan 400 meter.
  • Memastikan semua kawasan pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa bebas dari rodensia.
 
Sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung dengan perkara yang tersebut diatas, sila rujuk kepada :
 
Ketua Penolong Pengarah (Vektor)
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor,
Negeri Melaka
No. tel: 06-2683004 samb. 101
 
Atau melalui:
 
Unit Vektor
Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah          No. Tel: 06-2813353
Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah                No. Tel: 06-5566251
Pejabat Kesihatan Daerah Jasin                        No. Tel: 06-5295387

  Cetak  

2013-12-23T14:37:59+08:00
Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Statistik Pelawat Terbaik Dilayari Dengan Resolusi Terbaik
Halaman ini diakses dalam masa 0.02 saat
Tarikh Akhir Dikemaskini: 23 Jul 2014:: 11:40 PM
© 2011-2014 Hakcipta Terpelihara. Jabatan Kesihatan Negeri Melaka