
Hospital Jasin | 17 Disember 2025 - Hari Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) disambut pada 1 November setiap tahun di Malaysia untuk mengiktiraf jasa dan dedikasi PPK sebagai tulang belakang sistem kesihatan negara. PPK berperanan penting di dalam penjagaan asas pesakit, penyediaan peralatan dan sokongan klinikal, terutamanya di hospital dan klinik kerajaan.
Sebagai menghargai jasa PPK bagi tahun 2025, Unit Kecemasan & Trauma telah menganjurkan Sambutan Hari PPK Peringkat Unit Kecemasan & Trauma, Hospital Jasin pada 17 Disember 2025. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran YBrs Dr. Ruzita binti Mustaffa, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka.
ALBUM GAMBAR



