Laman Web Rasmi
 HOSPITAL JASIN
Jalan Utama 77000 Jasin Melaka Ι Tel : 06-5294262 Ι Fax : 06-5295262
 

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA CEMERLANG (P.J.C)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada penerima Pingat Jasa Cemerlang (P.J.C) dari Hospital Jasin yang telah disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Rusdi bin Abd Rahman pada Majlis Perhimpunan Pagi Bil. 6 Tahun 2022 dan Sesi Penyerahan Pingat Jasa  Cemerlang (P.J.C) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka yang telah diadakan pada 21 Jun 2022 yang lalu. 

Penganugerahan P.J.C ini merupakan insentif dan pengiktirafan dari pihak Kerajaan Negeri Melaka kepada pegawai dan kakitangan awam yang telah menyumbangkan khidmat bakti dalam menangani wabak COVID-19 di negeri Melaka.  Semoga penganugerahan dan penghargaan ini dapat meningkatkan motivasi dan semangat semua warga kerja Hospital Jasin untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat.

Senarai penerima P.J.C dari Hospital Jasin adalah seperti berikut :-

  1. Dr. Mohd Firdaus bin Jasmi, Pegawai Perubatan Gred UD52
  2. En. Shah Rizan bin Mohd Zin, Juru X-Ray (Diagnostik) Gred U32
  3. Pn. Sharifah Shuhada binti Joned, Jururawat Gred U32 (KUP)
  4. En. Zafril Imran bin Manaf, Penolong Pegawat Perubatan Gred U29
  5. En. Mohd Ali bin Mohd Dan, Pemandu Kenderaan Gred H11

ALBUM GAMBAR

Hubungi Kami

Alamat :: Hospital Jasin
Jalan Utama, 77000
Jasin, Melaka
GPS :: 2.304673, 102.429808
No Telefon :: 06-5294262
No Faks :: 06-5295262
Emel :: hjasin[@]moh.gov.my

Muat Turun

  Senarai Borang
  Infection Control Information
  Lab Handbook - Cluster Pathology Melaka 
  Buletin Farmasi
  eZ-Pamphlets (Risalah Digital)
  Antimicrobial Stewardship Hospital Jasin
  Polisi Penulisan Preskripsi Hospital Kluster Melaka
  Senarai Kata Singkatan (Abbreviation)
  Hospital Jasin 2024
  Kemudahan Cuti

 

Statistik Pelawat

Hari ini 111

Semalam 434

Minggu ini 1224

Bulan ini 1224

Jumlah Pelawat 198472

  • Last Modified: Jumaat 05 Jun 2026, 10:14:42.