
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud "Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.”
(Hadis Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi).
Sempena bulan Ramadan yang mulia, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersama-sama ADUN Rim iaitu YB Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar telah meluangkan masa bagi menyantuni pesakit di Hospital Jasin pada 20 April 2022. Semoga kehadiran dan sumbangan yang diberikan mampu menceriakan mereka dan usaha baik ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
ALBUM GAMBAR



