JKNM

PERUTUSAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI MELAKA

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 750 Tahun dan Melaka bebas Asap Rokok.

Selamat Datang ke Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan Portal Jabatan Kesihatan Negeri Melaka yang baru ini.

Ledakan Teknologi Maklumat telah mencetuskan gelombang pergerakan ilmu yang memecah sempadan-sempadan geografi lantas mempercepatkan proses globalisasi. Untuk tidak ketinggalan dan menyedari hakikat ini pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka akan terus berusaha memperbaiki dan menampilkan portal rasmi Jabatan yang lebih bermutu, berinteraktif dan informatif pada masa depan.

Adalah diharapkan agar portal rasmi ini menjadi saluran dan media maklumat terkini yang menjadi akses kepada pelawat atau sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat berkenaan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Sepertimana yang kita sedia maklum, perkhidmatan kesihatan yang kami berikan meliputi skop promosi, pencegahan, rawatan, dan pemantauan dalam aspek Kesihatan Awam, Perubatan, Pergigian, Farmasi, Keselamatan dan Kualiti Makanan dan juga Pengurusan. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar portal rasmi ini dapat memberikan info yang bermanfaat kepada semua pengunjung portal ini. Jabatan Kesihatan Negeri Melaka akan terus berusaha memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sejajar dengan gelombang kemajuan yang dialami Negara.

Saya mengalu-alukan sebarang cadangan bagi memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan melalui portal rasmi Jabatan ini.

Sekian, selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Terima Kasih.

JKNM      Jabatan Kesihatan Negeri Melaka    Profil Perkhidmatan    Perkhidmatan Kesihatan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 10-08-2016 :: 04:50 PM
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan