PERNIAGAAN  PERKHIDMATAN UNTUK PERNIAGAAN

PENGELUARAN SIJIL PENJUALAN BEBAS

GARIS PANDUAN PENGELUARAN SIJIL PENJUALAN BEBAS UNTUK PRODUK MAKANAN

DIBAWAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENDAHULUAN

Sijil Penjualan Bebas menjadi keperluan bagi setengah-setengah negara pengimport untuk tujuan pendaftaran produk oleh pihak berkuasa. Ia juga untuk memastikan sesuatu makanan tersebut adalah bebas dijual di Malaysia dan mematuhi kehendak-kehendak Akta Makanan dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Prosedur ini diturunkan sebagai panduan dan arahan yang jelas kepada pengeksport makanan tentang cara pengeluaran Sijil Penjualan Bebas

TUJUAN

  • Tujuan prosedur ini adalah untuk menguruskan tatacara pengeluaran Sijil Eksport Penjualan Bebas bagi memastikan ianya berada pada standard yang ditetapkan dan mematuhi Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan undang-undang yang berkaitan.
  • Ia juga akan menyeragamkan aspek teknikal permohonan dan prosedur pengeluaran Sijil Eksport Penjualan Bebas bagi produk makanan.

SYARAT-SYARAT BAGI PENGELUARAN SIJIL PENJUALAN BEBAS

Pengeluaran Sijil Penjualan Bebas (Free Sale Certificate) adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan dan mematuhi perkara seperti berikut:

  • Dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang berdaftar.
  • Dijual sebagai produk akhir.
  • Produk dikilang atau dibungkus atau empunya hak untuk mengilang atau membungkus atau ejen dan dihasilkan di Malaysia.
  • Keputusan analisa makmal – mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  • Pelabelan yang mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985;
  • Ada 'nama sebutan sebenar' produk
  • Ada nama syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk
  • Tiada akuan / akuan kesihatan (health claim) pada label
  • Produk terdapat di pasaran dan bebas dijual di negara ini.

Permohonan perlu disertakan dokumen-dokumen berikut:

  • Surat permohonan rasmi daripada pemohon dengan menyatakan negara yang akan dieksport.
  • Senarai produk yang akan dieksport.
  • ROC – Borang 9 / SSM Kilang
  • Lesen BPT Kilang.
  • Invois tempatan bagi setiap produk.
  • Sijil analisis makmal (makmal mempunyai akreditasi SAMM) bagi setiap produk 
  • Label bagi setiap produk.

BAYARAN

  • Bayaran hendaklah dibuat atas nama “Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia”sekiranya permohonan dibuat di Ibu Pejabat, Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, KKM.
  • Bayaran hendaklah dibuat atas nama “Pengarah Kesihatan Negeri” sekiranya permohonan di Jabatan Kesihatan Negeri.
  • Pembayaran hendaklah dibuat melalui wang pos/bank draf/postal order

FI UNTUK SATU SIJIL

  • Fi untuk satu sijil adalah RM 100.00. Satu sijil boleh mengandungi maksima 25 produk.
  • Bayaran fi perlu dibuat mengikut tatacara kewangan (Arahan Perbendaharaan) seperti ditetapkan oleh JKN atau PKD/PKB/PKD yang mengeluarkan sijil.
  • Fi Sijil Eksport Penjualan Bebas perlu dijelaskan sebelum Sijil Eksport Penjualan Bebas dikeluarkan. Bayaran fi tidak akan dikembalikan setelah permohonan diproses.
  • Sekiranya Sijil Eksport Penjualan Bebas hilang, pihak pemohon perlu mengemukakan surat rasmi dan salinan laporan polis kepada JKN atau PKD/PKB/PKD yang mengeluarkan sijil tersebut semasa membuat permohonan gantian Sijil Eksport Penjualan Bebas. Fi seperti yang dinyatakan di 4.1 akan dikenakan ke atas gantian Sijil Eksport Penjualan Bebas.

MAKLUMAT TAMBAHAN

  • Tempoh proses permohonan adalah satu (1) hari bekerja dari tarikh terima permohonan lengkap.
  • Tempoh sah laku Sijil Eksport Penjualan Bebas adalah selama enam (6) bulan dari tarikh sijil dikeluarkan.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang telah ditetapkan hendaklah dihantar ke JKN atau PKD/PKB/PKD di mana lokasi pemohon berada.

 

 

Keterangan
Garis Panduan Permohonan Sijil Penjualan Bebas
Borang Permohonan
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
Perkhidmatan Untuk Perniagaan      Pengeluaran Sijil Kesihatan     Pendaftaran Premis Makanan    MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri)    Pengeksport Makanan Diproses Minima Ke Singapura (MINIMALLY PROCESSED KE SINGAPURA)    Premis Makanan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)    Senarai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) Di Negeri Melaka    Borang-borang Permohonan Lesen dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia    PELESENAN AIR MINERAL SEMULAJADI & AIR MINERAL BERBUNGKUS    PELESENAN MESIN JUAL AIR    PELESENAN KILANG AIS    Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009    Senarai Katerer Negeri Melaka yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 11-11-2016 :: 12:39 PM
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan