PERNIAGAAN  PERKHIDMATAN UNTUK PERNIAGAAN

PENGELUARAN SIJIL KESIHATAN

GARIS PANDUAN PENGELUARAN SIJIL KESIHATAN PRODUK MAKANAN DIBAWAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TUJUAN

1.1 Tujuan prosedur ini adalah untuk menguruskan tatacara pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Produk Makanan dan Bahan Bersentuhan Makanan yang komprehensif bagi memastikan makanan dan bahan bersentuhan makanan yang dieksport mematuhi keperluan negara pengimport. Sekiranya tiada keperluan yang ditetapkan oleh negara pengimport, produk tersebut perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.


1.2  Ia juga bagi menyeragamkan aspek teknikal permohonan dan prosedur pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Produk Makanan dan Bahan Bersentuhan Makanan.


1.3 Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi pengeksportan makanan tertentu perlu juga merujuk kepada prosedur khas mengikut keperluan.

SYARAT PERMOHONAN

1.1 Permohonan hendaklah dikemukakan sebelum produk dieksport.Pemohon adalah syarikat yang berdaftar.

1.2 Produk sudah sedia untuk dieksport  dan permohonan oleh syarikat berdaftar di negara ini.

1.3 Destinasi dan nama kapal telah diketahui.

1.4 Maklumat mengenai keperluan negara pengimport telah diketahui.

 

KADAR CAJ BAGI PENGELUARAN SIJIL KESIHATAN

Bermula 1 September 2016, KKM telah melaksanakan kadar caj baru bagi pengeluaran Sijil Kesihatan. Kadar caj baru ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu bagi produk makanan TANPA SIJIL HACCP KKM dan produk makanan yang MEMPUNYAI SIJIL HACCP KKM.

  • Satu sijil boleh mengandungi maksima 25 produk.
  • Bayaran fi perlu dibuat mengikut tatacara kewangan (Arahan Perbendaharaan) seperti ditetapkan oleh PKD/PKB/PKD atau JKN yang mengeluarkan sijil.
  • Fi Sijil Kesihatan perlu dijelaskan sebelum Sijil Kesihatan dikeluarkan. Bayaran fi tidak akan dikembalikan setelah permohonan diproses.

Kadar caj bagi pengeluaran Sijil Kesihatan kategori EKSPORT:

PERKARA FI (per sijil)  RM
Sijil Kesihatan bagi produk makanan tanpa sijil HACCP KKM RM 200.00
Mulai 1 Januari 2019 –
fi akan dikenakan
RM 300.00
Sijil Kesihatan bagi produk makanan yang mempunyai sijil HACCP KKM RM 100.00

 

Lain-lain maklumat berkaitan caj pengeluaran Sijil Kesihatan:

  • Sijil Kesihatan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja bagi produk yang mempunyai pensijilan HACCP dari KKM.
  • Sijil Kesihatan dikeluarkan dalam tempoh 19 hari bekerja bagi produk yang tiada pensijilan HACCP dari KKM.
  • Tempoh sah laku bagi Sijil Kesihatan adalah tiga (3) bulan dari tarikh Sijil Kesihatan tersebut dikeluarkan. Tempoh tersebut perlu dinyatakan pada sijil.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang telah ditetapkan hendaklah dihantar ke PKD/PKB/PKD atau JKN di mana lokasi pemohon berada.
  • Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi produk makanan yang melalui transhipment tanpa sebarang pemprosesan di Kawasan Perdagangan Bebas adalah tidak dibenarkan.
  • Premis pemprosesan untuk produk yang dieksport perlu melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sekurang-kurangnya Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
  • Sijil Kesihatan tidak akan dikeluarkan bagi produk import bagi tujuan pengeksportan semula ke negara lain tanpa melalui sebarang aktiviti pemprosesan.

 

 

 

Keterangan
Garis Panduan Permohonan Sijil Kesihatan Untuk Produk Makanan
Borang Permohonan
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
Perkhidmatan Untuk Perniagaan      Pengeluaran Sijil Penjualan Bebas    Pendaftaran Premis Makanan    MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri)    Pengeksport Makanan Diproses Minima Ke Singapura (MINIMALLY PROCESSED KE SINGAPURA)    Premis Makanan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)    Senarai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) Di Negeri Melaka    Borang-borang Permohonan Lesen dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia    PELESENAN AIR MINERAL SEMULAJADI & AIR MINERAL BERBUNGKUS    PELESENAN MESIN JUAL AIR    PELESENAN KILANG AIS    Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009    Senarai Katerer Negeri Melaka yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 11-11-2016 :: 12:32 PM
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan