PERNIAGAAN  PERKHIDMATAN UNTUK PERNIAGAAN

PENGEKSPORT MAKANAN DIPROSES MINIMA KE SINGAPURA (MINIMALLY PROCESSED KE SINGAPURA)

...MULAI 1 SEPTEMBER 2016

TUJUAN PROSEDUR

Tujuan prosedur ini adalah untuk menguruskan tatacara Prosedur Pensijilan Premis Pengeksport Makanan Diproses Minima ke Singapura bagi memastikan ianya berada pada standard yang ditetapkan dan mematuhi keperluan negara pengimport, Singapura.

Prosedur ini dapat menyeragamkan aspek teknikal permohonan dan prosedur kelulusan pensijilan premis pengeksport Makanan Diproses Minima ke Singapura.

SKOP

Garispanduan ini terpakai bagi produk makanan yang diproses secara minima ke Singapura Seperti :

  • Tebu (sugarcane) :  meliputi hasil tebu, segar atau dingin, dipotong dengan kulit atau tanpa kulit
  • Kelapa (coconut):  Deshelled coconut, Coconut pulp, Polished coconut, Trimmed coconut, Grated Coconut
  • Buah-buahan dan Sayur-sayuran (Fruits and Vegetables): Meliputi buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang telah dikupas, dibuang biji, dihiris, dicincang atau dipotong, dibersihkan sebelum dibungkus dan sedia untuk dimakan.

SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN DAN PENYENARAIAN

  • Permohonan bagi penyenaraian premis makanan diproses minima ke Singapura boleh dibuat di Cawangan Eksport, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Permohonan oleh syarikat yang berdaftar di negara ini.
  • Premis pengeksport mematuhi keperluan negara pengimport dan Akta
    Makanan 1983 serta peraturan-peraturan di bawahnya
  • Premis pemprosesan untuk produk yang dieksport perlu melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sekurang-kurangnya Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
  • Pelabelan pada bungkusan makanan yang mematuhi kriteria berikut:
    i. Mempunyai “nama sebutan sebenar” produk;
    ii. Tiada sebarang akuan yang tidak dibenarkan; dan
    iii.Mempunyai nama syarikat yang bertanggungjawab ke atas produk

PERMOHONAN

  • Permohonan perlu dikemukakan dengan menggunakan Borang KKM/163/MPF-EX/F-02.
  • Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut :
    a) Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
    b) Sijil Pendaftaran Premis/Slip pendaftaran premis dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
    c) Lesen pengilangan atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahan dari mana-mana agensi kerajaan.

FI PENYENARAIAN

  1. Mempunyai sijil GMP/HACCP KKM
    PERKARA TEMPOH SAH LAKU FI (PER SIJIL)
    (a) Permohonan baru 3 tahun RM 1000.00
    (b) Pembaharuan 3 tahun RM 1000.00
    (c) Surveilan 3 tahun RM 1000.00
  2. Tanpa sijil GMP/HACCP KKM
    PERKARA TEMPOH SAH LAKU FI (PER SIJIL)
    (a) Permohonan baru 3 tahun RM 2000.00
    (b) Pembaharuan 3 tahun RM 2000.00
    (c) Surveilan 3 tahun RM 1700.00

          

Keterangan
Garispanduan dan borang permohonan
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
Perkhidmatan Untuk Perniagaan      Pengeluaran Sijil Kesihatan     Pengeluaran Sijil Penjualan Bebas    Pendaftaran Premis Makanan    MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri)    Premis Makanan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)    Senarai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) Di Negeri Melaka    Borang-borang Permohonan Lesen dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia    PELESENAN AIR MINERAL SEMULAJADI & AIR MINERAL BERBUNGKUS    PELESENAN MESIN JUAL AIR    PELESENAN KILANG AIS    Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009    Senarai Katerer Negeri Melaka yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 17-01-2017 :: 03:42 PM
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan