PERNIAGAAN  PERKHIDMATAN UNTUK PERNIAGAAN

PELESENAN MESIN JUAL AIR

Prosedur:
Tujuan prosedur ini adalah untuk menjelaskan tatacara proses kerja pengurusan lesen untuk mengendalikan mesin jual air. Prosedur ini hendaklah digunapakai oleh pegawai di Ibu Pejabat BKKM, pegawai di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan juga di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dalam memproses permohonan, membuat verifikasi, menjalankan aktiviti pensampelan dan peringkat kelulusan. Tempoh sahlaku lesen adalah dua (2) tahun daripada tarikh lesen dikeluarkan.

Dibawah Peraturan 360C ; Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan:

  • Air daripada mesin jual air hendalah melalui proses penurasan, proses osmosin songsang, penyulingan, pengionan atau proses yang setara.

Garis Panduan:

Garis panduan permohonan lesen untuk mengendalikan mesin jual air merupakan pemudahcara kepada pengusaha untuk membuat permohonan lesen bagi mesin jual air. Garis panduan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

i. Bahagian I : Panduan Permohonan

ii. Bahagian II : Keperluan Spesifik

Cara Memohon

Dapatkan borang permohonan lesen di :

        a) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Tingkat 5, Wisma Persekutuan)

        b) Laman sesawang http://fsq.moh.gov.my / jknmelaka.moh.gov.my (dibahagian perniagaan/borang-borang pelesenan)

       c) Pejabat Kesihatan Daerah

Borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap hendalah dikemukakan ke Pejabat Kesihatan Daerah dima lokasi mesin jual air dipasang. set dokumen yang perlu dihantar semasa permohonan dibuat adalah:

  • senarai semak permohonan (MJA-1/13)
  • borang permohonan (MJA-2/13)
  • salinan kad pengenalan pemohon
  • salinan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)
  • salinan sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • manual sistem kawalan keselamatan mesin jual air

 

Bayaran / Fi Proses

Jenis Fi                                   Jumlah
Fi Proses  RM 130.00/Permohonan
Fi Lesen RM 150.00/ Mesin Jual Air

 

 

 

 

Keterangan
Garis Panduan
Prosedur Pengeluaran Mesin Jual Air
Contoh Manual
Maklumat Tambahan
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
Perkhidmatan Untuk Perniagaan      Pengeluaran Sijil Kesihatan     Pengeluaran Sijil Penjualan Bebas    Pendaftaran Premis Makanan    MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri)    Pengeksport Makanan Diproses Minima Ke Singapura (MINIMALLY PROCESSED KE SINGAPURA)    Premis Makanan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)    Senarai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) Di Negeri Melaka    Borang-borang Permohonan Lesen dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia    PELESENAN AIR MINERAL SEMULAJADI & AIR MINERAL BERBUNGKUS    PELESENAN KILANG AIS    Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009    Senarai Katerer Negeri Melaka yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 17-01-2017 :: 03:46 PM
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan