MENGENAI KAMI

LATAR BELAKANG JABATAN

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) telah ditubuhkan pada tahun 1934 yang diketuai oleh Dr. S.P. Lupprian. Objektif JKNM ditubuhkan adalah untuk membekalkan suatu perkhidmatan kesihatan penggalakan, pencegahan dan rawatan asas kepada orang ramai terutama sekali penduduk luar bandar untuk membolehkan keseluruhan masyarakat memperolehi dan menikmati kemudahan-kemudahan kesihatan untuk menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam proses penukaran sikap ke arah mencapai taraf kesihatan yang baik dan mengelakkan daripada berlaku dan merebaknya penyakit serta menjauhkan mereka daripada bahaya-bahaya kesihatan yang boleh menjejaskan kehidupan ekonomi dan sosial mereka.

JKNM terbahagi kepada dua (2) perkhidmatan utama atau teras iaitu:-

  1. Bahagian Kesihatan Awam
    Objektif Bahagian ini adalah untuk mengekalkan serta meningkatkan taraf kesihatan individu, keluarga dan komuniti secara optima melalui promosi kesihatan, pencegahan, perawatan dan pemulihan khususnya di kalangan penduduk negeri Melaka.
     
  2. Bahagian Perubatan
    Objektif Bahagian ini adalah untuk merancang, menyelaras, mengawas dan menilai pelaksanaan Program Rawatan Perubatan yang meliputi perkhidmatan diagnostik, rawatan pemulihan dan promosi kesihatan yang bersesuaian untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan mudah diperolehi oleh pesakit.
Mengenai Kami      Perutusan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka    Senarai Pengarah Kesihatan Negeri Melaka    Misi, Visi dan Objektif    Piagam Pelanggan    Pencapaian Piagam Pelanggan    Carta Organisasi    Profil Perkhidmatan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 29-10-2016 :: 04:09 AM
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan