FASILITI PERGIGIAN

Perkhidmatan Kepakaran Pergigian

Perkhidmatan kepakaran pergigian  dijalankan di Hospital Melaka dan beberapa Klinik Pergigian seperti dibawah. Rawatan kepakaran ini diperolehi melalui rujukan samada dari perkhidmatan pergigian primer atau klinik swasta.

FASILITI KEPAKARAN No. Telefon
Hospital Melaka
Bedah Mulut
Pergigian Paediatrik
06-289 2836
06-289 2845

KP Melaka Tengah

Ortodontik

06-282 5122 samb 216

KP Alor Gajah

Ortodontik

06-5562234

KP Peringgit

Periodontik

06-284 6684

KP Seri Tanjung Periodontik 06-3513333

KP Ayer Keroh

Restoratif

06-232 7973

 

 


Jabatan Bedah Mulut, Hospital Melaka

Peranan utama jabatan ini adalah mengatasi masalah kecederaan atau trauma yang melibatkan bahagian maksilofasial atau muka akibat kemalangan jalanraya, sukan, pergaduhan, jatuh atau insiden pekerjaan. Selain dari itu jabatan ini juga berperanan dalam bidang prostetik wajah seperti “cleft lip and palate repaired” serta pembuatan mata dan telinga palsu.
 

Jabatan Pergigian Peadiatrik, Hospital Melaka

Jabatan ini berperanan dalam mengatasi masalah pergigian kanak-kanak (usia dibawah 16 tahun) terutama bagi kanak-kanak keperluan khas dan kanak-kanak dengan masalah ‘medically compromised’. Selain dari rawatan pergigian, jabatan ini turut memberi pendidikan penjagaan kesihatan pergigian kepada kanak-kanak keperluan khas dan penjaga.

 

Unit Kepakaran Restoratif, Klinik Pergigian Ayer Keroh

Fungsi utama unit ini adalah memberi rawatan kepakaran berkaitan pemeliharaan masalah kegigian yang melibatkan penggantian gigi hilang dan tampalan gigi yang lebih kompleks yang memerlukan pembuatan crown, bridge serta rawatan saluran akar.
 

Unit Kepakaran Periodontik

Unit ini menerima rujukan bagi merawat masalah penyakit gusi serta tisu penyangga gigi. Rawatan ini bagi mencegah terjadinya kehilangan gigi akibat kerosakan jaringan penyangga gigi. Penyakit gusi juga kerap dijumpai pada pesakit dengan penyakit kronik yang lain seperti diabetes.

 

Unit Kepakaran Orthodontik

Unit ini memberi rawatan berkaitan kes-kes maloklusi atau salah letak gigitan akibat keadaan kegigian yang berlapis, jongang dan terpusing. Tujuan utama rawatan adalah menyusun gigi menjadi  teratur dan dapat berfungsi dengan baik disamping dapat memperbaiki penampilan wajah.


Tarikh Akhir Kemaskini :: 13-12-2016 :: 03:02 PM
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan