MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

Aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan sebelum ini dikenali sebagai Aktiviti Kawalan Mutu Makanan dan telah dilaksanakan sejak tahun 1950-an berdasarkan bidang kuasa di bawah Ordinan Jualan Makanan dan Dadah 1952 di Semenanjung Malaysia. Pada 1974, Unit Kawalan Mutu Makanan telah ditubuhkan di peringkat kementerian di bawah Rancangan Malaysia Ke-3 untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kawalan mutu makanan di seluruh negara. Penjenamaan semula Aktiviti Kawalan Mutu Makanan kepada Aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan dilaksanakan pada tahun 2004 seiring dengan skop aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan dan keperluan semasa industri makanan yang lebih mencabar dan berorientasikan keselamatan makanan.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia telah diluluskan kenaikan taraf sebagai program baru di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh Perbendaharaan Malaysia melalui Waran Perjawatan Bil. S177 Tahun 2010. Kenaikan taraf ini melibatkan penstrukturan semula Bahagian sedia ada dan beberapa perkara berkaitan. Di peringkat pengurusan negeri ianya melibatkan pengwujudan jawatan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah Kesihatan Negeri.

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka adalah bertanggungjawab bagi perlaksanaan dan penguatkuasaan peruntukan yang termaktub dalam Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan yang terbaru Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

OBJEKTIF

Objektif am penubuhan BKKM adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.

Objektif Khusus :

  1. Memastikan makanan yang disediakan, disimpan, dan dikendalikan dengan cara yang bersih.
  2. Memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai dalam keadaan ;
  3. i.   Bebas dari pencemaran, adukan dan penipuan
    ii.  Mematuhi piawai yang telah ditetapkan
    iii.  Dilabel dan diiklan dengan cara yang tidak mengelirukan
  4. Memastikan makanan yang dieksport mematuhi standard dan peraturan makanan sedia ada.
  5. Memastikan pengguna menerima maklumat dan panduan yang betul dan mencukupi mengenai keselamatan, kebersihan dan pelabelan makanan.


STRATEGI

Bagi menjayakan dan mencapai objektif yang telah disasarkan, beberapa strategi telah dirancang dan dilaksanakan. Antaranya :

  1. Beberapa undang-undang, kod amali, dan garis panduan telah diwujud, diperkenal dan dikuatkuasakan secara berterusan. Aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang juga dipertingkatkan.
  2. Memberi penekanan yang lebih kepada aktiviti pesampelan makanan daripada peringkat punca bagi mengawal keselamatan dan kualiti makanan di peringkat pengeluaran makanan.
  3. Meningkatkan kesedaran dan memupuk amalan penyediaan makanan yang baik kepada pengusaha dan pengendali makanan serta orang ramai.
  4. Mengadakan kerjasama yang erat dari segi penyelarasan dan penggembelengan tenaga dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk membolehkan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan dilaksanakan dengan baik.

 

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

Sebagai satu Bahagian yang betanggungjawab bagi memastikan bekalan makanan adalah selamat di seluruh negeri Melaka, BKKM menjalankan beberapa aktiviti melalui Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah dan pintu-pintu masuk.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah:­

  1. Pensampelan makanan
  2. Pemeriksaan premis makanan
  3. Pengawalan makanan eksport
  4. Penguatkuasaan undang-undang makanan, kod amali, dan garis panduan
  5. Semakan, kemaskini, dan penggubalan undang-undang makanan, kod amali, dan garis panduan
  6. Pendidikan kepada industri dan pengguna
  7. Perkhidmatan makmal
  8. Kajian dan penyelidikan
  9. Perkhidmatan perundangan dan nasihat

 

Aktiviti Pesampelan

Pensampelan makanan adalah diperlukan bagi membantu semua aktiviti di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan. Secara amnya, sampel makanan diambil bagi tujuan berikut :­

  1. Penguatkuasaan undang-undang
  2. Pengawasan bahan makanan keluaran tempatan
  3. Pengawalan makanan import
  4. Pengawalan makanan eksport
  5. Pengawasan ke atas krisis makanan
  6. Kajian-kajian tertentu
 

Aktiviti Pemeriksaan Premis
 
Dilakukan di premis-premis makanan dan juga sekolah. Selain itu penutupan premis dilakukan bagi premis yang mendapat markah kurang daripada 70 semasa pemeriksaan premis tersebut
 
Aktiviti Pengawalan makanan eksport
 
Pengeluaran :

  1. Sijil Kesihatan (Health Certificate)
  2. Sijil Penjualan Bebas (Free Sale Certificate)

.
Aktiviti Pendidikan kepada industri dan pengguna

  1. Program Pengawalan Kebersihan dan Keselamatan Makanan Pasar Ramadhan
  2. Sistem Jaminan Keselamatan Makanan ;
    i)   HACCP
    ii)  GMP
    iii)  MeSTI
  3. Kempen Keselamatan Makanan : ”Lihat, Hidu & Rasa” 
  4. Skuad Germ Buster Sekolah.
  5. Pertandingan Kantin Sekolah Bersih Peringkat Negeri Melaka.
Profil Perkhidmatan      Bahagian Kesihatan Awam    Bahagian Perubatan    Bahagian Pergigian    Bahagian Pengurusan    Bahagian Farmasi 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 06-10-2016 :: 11:46 AM
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan