MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN

BAHAGIAN PERUBATAN

PROGRAM PERKHIDMATAN

PERUBATAN

PENGENALAN

Bahagian Perubatan adalah merupakan salah satu daripada komponen teras dalam perkhidmatan kesihatan di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).  Bahagian ini bertanggungjawab dalam memantau perkhidmatan di fasiliti perubatan iaitu semua hospital kerajaan di Negeri Melaka dan juga kemudahan dan perkhidmatan jagaan  swasta.  Ini adalah bagi memastikan agar perkhidmatan rawatan yang diberikan adalah berkualiti, cekap, berkesan dan selaras dengan polisi dan dasar-dasar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bahagian ini adalah terdiri daripada 6 unit iaitu:-

  • Unit Perkembangan Perubatan
  • Unit Kualiti Penjagaan Perubatan
  • Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta
  • Unit Rekod Perubatan
  • Unit Kejururawatan
  • Unit Penolong Pegawai Perubatan (Perubatan)

Unit Perkembangan Perubatan adalah bertanggungjawab ke atas pengurusan sumber, pembangunan modal insan dan juga pengurusan perkhidmatan perubatan dan juga hospital-hospital kerajaan Negeri Melaka.  Sejurus perkembangan masa, Unit Penolong Pegawai Perubatan diletakkan di bawah Unit Perkembangan Perubatan dengan wujudnya perjawatan baru Gred U44.  Pengwujudan perjawatan Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab dalam pengurusan dan latihan kepada Penolong Pegawai Perubatan di Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.  Selain itu, unit ini terlibat secara langsung dalam pemberian Perkhidmatan Pasukan Perlindungan Perubatan.

Unit Kualiti Penjagaan Perubatan pula bertanggungjawab dalam perancangan, perlaksanaan dan pemantauan pencapaian program perubatan agar ia sentiasa mencapai standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Unit ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan aduan dan piagam pelanggan.

Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) bertanggungjawab ke atas pemantauan, perlesenan dan pendaftaran fasiliti-fasiliti kesihatan swasta di Negeri Melaka, seperti mana diperuntukkan dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), Peraturan-Peraturan Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta Dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) Dan (Klinik Perubatan Swasta Atau Klinik Pergigian Swasta) 2006.

Unit Rekod Perubatan di bawah Pengurusan Perubatan memantau dan menyelia laporan-laporan dari semua hospital kerajaan menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS) serta memantau dan menyelia reten HMIS e-reporting bagi Perkhidmatan dan Jagaan Hospital/Rumah Bersalin Swasta.

Unit Kejururawatan mula diwujudkan  awal tahun 2009 dengan diketuai oleh Penyelia Jururawat U42. Unit ini bertanggungjawab ke atas pemantauan perkhidmatan kejururawatan dan pembangunan modal insan kejururawatan di hospital-hospital di Negeri Melaka agar dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit .

 

OBJEKTIF

Merancang, menyelaras, menyelia dan menilai pelaksanaan Program Rawatan Perubatan yang meliputi perkhidmatan diagnostik, rawatan pemulihan dan promosi kesihatan yang bersesuaian untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan mudah diperolehi oleh pesakit.

 

 

 

Keterangan
Carta Organisasi bahagian perubatan jkn melaka.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
Profil Perkhidmatan      Bahagian Kesihatan Awam    Bahagian Pergigian    Bahagian Pengurusan    Bahagian Farmasi    Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 26-01-2017 :: 10:16 AM
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan