MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN

BAHAGIAN KESIHATAN AWAM

Perkhidmatan Kesihatan Awam telah diwujudkan sebelum kemerdekaan dengan pengwujudan undang-undang “Quarantine and Prevention of Disease Ordinance 1939” bertujuan untuk mencegah dan melindungi daripada sebaran penyakit. Peranan utama Bahagian Kesihatan Awam adalah untuk memastikan kesihatan rakyat Malaysia terpelihara secara optima dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual.

Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka berfungsi sebagai 6 fungsi utama dan 1 fungsi sokongan. Terdapat 12 unit di bawah 6 fungsi utama dan 1 unit di bawah fungsi sokongan. Fungsi utama terdiri daripada Unit Promosi Kesihatan, Unit Penyakit Berjangkit dan Kesiapsagaan, Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Unit Tibi dan Kusta, Unit Penyakit Tidak Berjangkit, Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, Unit Aids/STD, Unit Kesihatan Keluarga, Unit Kesihatan Primer, Unit Pemakanan, Unit Keselamatan Kualiti Makanan, Unit Inspektorat dan Perundangan dan Unit Pengurusan Kesihatan Awam. Manakala fungsi sokongan adalah Unit Kejuruteraan.

Setiap unit ini memainkan peranan yang besar dalam memastikan setiap objektif Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Awam Negeri Melaka tercapai. Di dalam memastikan kesihatan rakyat Melaka terpelihara secara optima, beberapa punca kuasa Bahagian Kesihatan Awam diambilkira termasuk Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (CDC) 1988, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (DDBIA) 1975, Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) 1969.

Objektif Umum

Untuk mengekalkan serta meningkatkan taraf kesihatan individu, keluarga dan komuniti secara optima melalui promosi kesihatan, pencegahan, perawatan dan pemulihan khususnya di kalangan penduduk negeri Melaka

Objektif Khusus

  • Meningkatkan kesedaran kesihatan umum di arah mencapai perubahan sikap dan amalan untuk memperbaiki taraf kesihatan individu, keluarga dan masyarakat Melaka.
  • Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit berjangkit dan tidak berjangkit supaya tidak menjadi masalah kesihatan awam di kalangan penduduk Melaka.
  • Meningkatkan dan mengekalkan kesihatan fizikal, mental dan sosial dan pemakanan sesebuah keluarga dan komuniti di Melaka.
  • Meningkatkan taraf kesihatan penduduk Melaka dengan pemantauan kualiti makanan dan minum yang selamat untuk mengurangkan kejadian penyakit berjangkit.
  • Mengwujudkan satu struktur yang mampu menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam dengan lebih profesional dan berkesan mengikut kehendak organisasi.
  • Memastikan keselesaan pelanggan di kemudahan kesihatan melalui penyelenggaraan bangunan dan kemudahan yang sempurna.
Profil Perkhidmatan      Bahagian Perubatan    Bahagian Pergigian    Bahagian Pengurusan    Bahagian Farmasi    Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 17-04-2017 :: 04:19 PM
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan