MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN

BAHAGIAN FARMASI

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Melaka

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Melaka merupakan sebahagian daripada perkhidmatan yang diselaraskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Melaka memberikan perkhidmatan sokongan dan teknikal dan ianya diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi).
Bahagian ini terdiri daripada tiga cawangan iaitu :

  1. Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi
  2. Cawangan Penguatkuasa Farmasi
  3. Cawangan Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi

Visi
Menerajui pengurusan berkualiti ke atas ubat-ubatan melalui tenaga kerja yang berdaya saing, sains dan teknologi bersesuaian dan perkongsian dengan semua pihak yang berkepentingan.

Misi
Memastikan ubat-ubatan berkualiti untuk negara.

Objektif

  1. Memastikan pesakit-pesakit yang menerima rawatan di bawah hospital dan klinik kesihatan memperolehi perkhidmatan Farmasi berkonsepkan ‘Total Pharmaceutical Care’.
  2. Menentukan penjualan, pengedaran, pengurusan dan kegunaan farmaseutikal, kosmetik dan produk pemeliharaan kesihatan dilaksanakan selaras dengan perundangan-perundangan Farmasi yang berkuatkuasa dalam negara.
  3. Menentukan produk-produk farmaseutikal dan kosmetik yang dipasarkan selamat, berkualiti dan berkesan melalui undang-undang yang berkuatkuasa.
  4. Menyediakan perancangan latihan untuk Pegawai Farmasi Provisional dan Pembantu Farmasi Pelatih.


Logo Bahagian Perkhidmatan Farmasi Melaka


Peranan Bahagian Perkhidmatan Farmasi:

  • Memastikan produk farmaseutikal, produk pemeliharaan kesihatan dan  kosmetik yang diperdagangkan dan digunakan di negara ini adalah berkualti, berkesan dan selamat, serta bahan-bahan terkawal (berjadual) dikendalikan secara sah dan betul.   
  • Menyampaikan maklumat dan mempertingkatkan kesedaran pengguna akan penyalahgunaan ubat dan kosmetik yang tidak berdaftar

Peranan Anda:

  • Membantu dan memberikan kami kerjasama untuk membanteras dan menangani masalah produk yang tidak berdaftar supaya kesihatan dan kulaiti hidup terjamin

 

 


Fresh= Segar & Bersemangat

 

 

  • Releven. Berubah mengikut keperluan.
    • Menyokong pembaharuan. Sedia mengubah amalan lapuk.
    • Mempercayai keupayaan anggota termasuk yang muda

Focus= Fokus

  • Berkeinginan tinggi untuk maju.
  • Mampu tumpu pada tujuan sebenar walaupun terdapat banyak cabaran.
  • Fokus dalam mengimplementasi dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

Firm= Teguh

  • Setiakawan. Team work.
  • Pendirian yang tetap dan jujur.
  • Jelas dengan peranan yang dipegang.
  • Berani untuk membuat keputusan. Mambantu membuat keputusan dengan betul.












 

Profil Perkhidmatan      Bahagian Kesihatan Awam    Bahagian Perubatan    Bahagian Pergigian    Bahagian Pengurusan    Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 13-04-2017 :: 11:47 AM
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan