PERNIAGAAN  PERKHIDMATAN UNTUK PERNIAGAAN

SENARAI SEKOLAH LATIHAN PENGENDALI MAKANAN (SLPM) DI NEGERI MELAKA

Tahap kebersihan premis makanan yang tidak memuaskan serta meningkatnya laporan kejadian keracunan makanan telah mendorong KKM untuk meningkatkan lagi latihan kepada pengendali makanan. Ini juga disokong dengan Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel 1998 pada bulan September 1998, di mana imej negara di mata dunia perlu dijaga.

Berdasarkan faktor dan beban kerja yang ditanggung, latihan pengendali makanan telah diswastakan dan dikendalikan secara lebih sistematik oleh tenaga pengajar yang diiktiraf.

Kementerian Kesihatan telah melancarkan latihan program pengendali makanan pada tahun 1996 dengan mengiktiraf institut swasta bagi menjalankan kursus asas dalam aspek kebersihan dan pengendalian makanan. Menerusi program ini modul latihan yang seragam untuk semua pengusaha dan pengendali makanan telah diwujudkan. Sesi latihan ini dikendalikan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM di seluruh negara.

Semua tenaga pengajar perlu lulus Ujian Saringan dan menjalani Kursus Wajib Tenaga Pengajar sebelum layak mendapat pengiktirafan KKM sebagai tenaga pengajar.

Permohonan Pengiktirafan Baru Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan Permohonan Kursus Tenaga Pengajar perlu menggunakan borang khusus seperti yang ditetapkan dalam garis panduan.

Keterangan
Senarai SLPM seluruh Malaysia
Senarai SLPM Negeri Melaka
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
Perkhidmatan Untuk Perniagaan      Pengeluaran Sijil Kesihatan     Pengeluaran Sijil Penjualan Bebas    Pendaftaran Premis Makanan    MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri)    Pengeksport Makanan Diproses Minima Ke Singapura (MINIMALLY PROCESSED KE SINGAPURA)    Premis Makanan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)    Borang-borang Permohonan Lesen dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia    PELESENAN AIR MINERAL SEMULAJADI & AIR MINERAL BERBUNGKUS    PELESENAN MESIN JUAL AIR    PELESENAN KILANG AIS    Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009    Senarai Katerer Negeri Melaka yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 17-01-2017 :: 03:32 PM
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan