PERNIAGAAN  PERKHIDMATAN UNTUK PERNIAGAAN

PREMIS MAKANAN BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT (BESS)

Pengiktirafan 'Bersih, Selamat dan Sihat' (BeSS)

BAGI PREMIS OUTLET MAKANAN

Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” atau BeSS adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi menggalakkan pengusaha premis makanan menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan.

Ianya adalah satu program penambahbaikan terhadap program pemantauan sedia ada yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Secara umumnya, terdapat empat (4) kriteria utama yang perlu dipatuhi oleh pengusaha premis makanan sebelum mendapat pengiktirafan iaitu:

  • Pengusaha premis makanan yang mengekalkan premis yang bersih;
  • Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan yang selamat;
  • Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan yang sihat;dan
  • Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan dalam saiz hidangan yang betul mengikut keperluan individu.

Pengiktirafan ini melibatkan 2 komponen iaitu keselamatan dan kualiti makanan serta komponen pemakanan. Bagi mendapatkan pengiktirafan ini, pengusaha premis  makanan haruslah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi kedua-dua komponen ini. Pengusaha premis makanan masih boleh menjual makanan mengikut resipi asal seperti sedia ada, sekiranya makanan yang dijual telah memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Keterangan
Garispanduan permohonan BeSS
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
Perkhidmatan Untuk Perniagaan      Pengeluaran Sijil Kesihatan     Pengeluaran Sijil Penjualan Bebas    Pendaftaran Premis Makanan    MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri)    Pengeksport Makanan Diproses Minima Ke Singapura (MINIMALLY PROCESSED KE SINGAPURA)    Senarai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) Di Negeri Melaka    Borang-borang Permohonan Lesen dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia    PELESENAN AIR MINERAL SEMULAJADI & AIR MINERAL BERBUNGKUS    PELESENAN MESIN JUAL AIR    PELESENAN KILANG AIS    Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009    Senarai Katerer Negeri Melaka yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 17-01-2017 :: 03:30 PM
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan