Pergigian

Adalah menjadi amalan yang baik untuk-
•    Merendam dengan air sejuk sebelum ia digunakan
•    Membersihkan secara menyeluruh dengan air dan berus gigi selepas setiap penggunaan
•    Menyimpan alat pelindung mulut di dalam bekas yang kukuh bagi mengelakkannya rosak. Memastikan bekas simpanan ada lubang pengudaraan.

• Kesihatan diri dan mulut adalah sangat penting untuk ibu mengandung.
• Semasa mengandung, perubahan hormon yang berlaku menyebabkan tindak balas berlebihan terhadap plak gigi, mengakibatkan gusi lebih mudah bengkak, berdarah dan kemerahan.
• Keadaan ini dipanggil gingivitis semasa mengandung dan ia adalah suatu keadaan yang selalunya berlaku pada bulan kedua atau ketiga kehamilan dan kadang-kala menjadi lebih teruk sehingga bulan kelapan.
• Kajian kini menunjukkan hubungan antara penyakit gusi di kalangan ibu-ibu mengandung dan bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah.

• Kesihatan mulut adalah penting dan menyumbang kepada kesihatan diri menyeluruh, maka adalah sangat penting untuk memberi perhatian yang khusus terhadap tanda-tanda penyakit gusi.
• Adalah penting untuk mengekalkan rutin penjagaan mulut setiap hari secara menyeluruh, termasuk memberus dan menggunakan flos.
• Lawatan ke klinik pergigian di peringkat awal kehamilan membolehkan pakar pergigian mengenalpasti masalah kesihatan mulut yang mungkin perlu dirawat.

Maklumat-maklumat ini adalah:
• Berapa bulankah anda telah hamil?
• Adakah sebarang tanda-tanda kehamilan anda berisiko tinggi?
• Adakah sebarang ubatan telah diambil?
• Adakah anda lihat sebarang perubahan pada kesihatan mulut?

Ya, kerana:
• Kanak-kanak perlu gigi yang sihat dan kuat untuk mengunyah makanan mereka dengan mudah, untuk bercakap dengan jelas, dan untuk penampilan yang baik kepada diri sendiri dan rakan-rakan mereka.
• Gigi susu  juga membantu mengekalkan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal, dan apabila gigi kekal hilang awal, ia  boleh menimbulkan komplikasi ortodontik pada masa hadapan.
• kesihatan anak anda boleh terjejas jika gigi susu yang berpenyakit dan rosak tidak dirawat pada peringkat awal.

Mula membersihkan mulut bayi anda beberapa hari pertama selepas lahir. Selepas menyusu, lap gusi bayi dengan tuala kecil yang bersih dan  lembap untuk menanggalkan plak.

Kerosakan gigi boleh berlaku sebaik sahaja gigi tumbuh di dalam mulut.  Satu keadaan kerosakan gigi yang serius di kalangan kanak-kanak kecil adalah "karies botol susu" yang berlaku apabila bayi itu dibiarkan menyusu secara berterusan dari botol susu, formula, air gula, atau jus buah-buahan semasa tidur atau pada waktu malam.

Semasa gigi tumbuh, biasanya antara umur empat bulan dan 2 ½ tahun, bayi sering mengalami sakit dan pedih pada gigi . Kesakitan biasanya boleh diredakan dengan menggosok perlahan-lahan gusi bayi menggunakan jari yang bersih, sesuatu yang sejuk, sudu teh atau tuala yang basah. Gegelang bagi tujuan gigitan yang bersih untuk bayi mengunyah juga boleh membantu.

Masa yang ideal, bagi lawatan pergigian pertama anak anda sepatutnya dilakukan sebelum ulang tahun pertama atau kedua. Selain untuk memeriksa kerosakan gigi dan masalah-masalah lain, doktor gigi akan mengajar anda teknik yang betul untuk membersihkan gigi anak anda serta menilai sekiranya ada tabiat negatif seperti menghisap ibu jari. Anda juga dapat membina tabiat penjagaan gigi yang baik sepanjang hayat.

Kanak-kanak sepatutnya berhenti menghisap ibu jari semasa gigi kekal sedang tumbuh. Biasanya, kanak-kanak berhenti ketika berumur di antara dua dan empat tahun. Menghisap ibu jari sehingga berumur enam boleh menyebabkan  keadaan gigi tidak teratur. Tekanan dari rakan sebaya menyebabkan ramai  kanak – kanak  yang telah  bersekolah memberhentikan tabiat tersebut.

Sebagai ibu bapa, anda perlu:
• Mewujudkan rutin pembersihan mulut yang baik di peringkat awal usia.
• Menyelia pemberusan gigi kanak-kanak sehingga berumur enam tahun.
• Gunakan ubat gigi bersaiz kacang hijau untuk mengelak anak anda menelan secara berlebihan.
•Bagi membantu anak anda memberus gigi, berdiri di belakang mereka dan condongkan kepala ke atas supaya semua permukaan gigi boleh diberus menggunakan kaedah gosokan yang lembut.

• pemeriksaan gigi secara berkala adalah perlu kerana ia adalah satu kaedah saringan yang amat berkesan untuk mengesan masalah mulut yang berkaitan dengan warga emas.
• Selain pemeriksaan rutin keadaan mulut seperti kerosakan gigi dan masalah gusi, keadaan lain yang lebih serius seperti lesi pra-malignan dan kanser mulut yang berlaku lebih kerap dengan peningkatan usia boleh dikenalpasti, dirawat awal dan dipantau.

• Kesihatan mulut yang baik merupakan sebahagian penting daripada kesihatan umum dan mulut yang sihat dan selesa ini adalah  penting bagi orang tua sama seperti penduduk lain dalam negara ini.
• Kesihatan mulut dengan fungsi yang sihat boleh memberi manfaat kepada warga emas dari segi:
• Bebas daripada kesakitan dan ketidakselesaan.
• Mampu untuk makan, bercakap dan bersosial tanpa rasa tidak selesa dan malu
• Menyumbang  ke arah kesejahteraan pesakit.
• Penjagaan mulut adalah perlu bagi penjagaan harian peribadi  dan doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan utama/primer adalah berperanan untuk menggalakkan warga emas menjaga  mulut mereka dengan baik agar dapat mengekalkan kesihatan mulut.
• Ia adalah peranan warga emas untuk mendorong, membantu atau menyediakan penjagaan gigi terutamanya bagi pesakit yang bergantung kepada orang lain kerana penyakit atau hilang upaya.

Terdapat tiga jenis sukan yang berkemungkinan boleh mendatangkan kecederaan:
•    Sukan lasak di mana sentuhan adalah sebahagian daripada acara sukan tersebut. Ia melibatkan rugbi, seni silat dan tinju. Penggunaan alat pelindung gigi adalah wajib.
•    Sukan yang kerap melibatkan pelanggaran yang tidak dijangka atau dirancang. Ia melibatkan sukan bola keranjang, hoki, polo air, bola jaring, skuash, bola sepak, berbasikal, trampolin, kriket (penjaga gol atau memukul tanpa memakai helmet) dan ski air. Penggunaan alat pelindung gigi amatlah digalakkan.
•    Sukan yang tidak melibatkan sentuhan dimana sentuhan jang berlaku. Ia termasuk tenis di mana alat pelindung gigi tidak diperlukan.

 

Kemalangan boleh berlaku semasa anda membuat sebarang aktiviti fizikal, khususnya jika anda terlibat dalam sukan lasak. Alat Pelindung gigi yang diperbuat dari getah atau polivinil boleh dipakai atau ditanggalkan bagi melindungi gigi atas, boleh melindungi tisu lembut mulut dan mengurangkan risiko kecederaan gigi dengan membantu dari segi mengurangkan impak kecederaan melibatkan muka.

 

Karies gigi dipengaruhi oleh berapa kerap gula diambil bukan pada jumlah amaun gula  yang diambil. Bakteria yang hadir di dalam mulut menukarkan gula dan kanji di dalam makanan kepada asid yang menyebabkan karies gigi.

  • Minum air minimal 8 gelas sehari
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran
  • Pastikan makan makanan seimbang
  • Jangan merokok
  • Memberus gigi secara teratur
  • Jangan lupa memberus lidah semasa memberus gigi
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan mulut setahun sekali

 

Karies botol susu adalah kerosakan gigi pada kanak-kanak akibat dari penyusuan. Masalah kerosakan gigi ini disebabkan bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur dengan menghisap susu, air manisan,atau air soda. Tindakbalas cairan ini dengan bakteria di dalam mulut akan menghasilkan asid yang akan merosakkan gigi.

Karies botol susu biasanya terjadi pada gigi hadapan atas. Gigi akan bertukar menjadi warna coklat atau kehitaman. Jika dibiarkan berterusan akan menimbulkan kesakitan, kesukaran mengunyah, mengganggu pertuturan dan emosi kanak-kanak.

Karies botol susu ini boleh dicegah dengan langkah-langkah berikut :

  • Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu di dalam mulut
  • Jangan mencampurkan gula atau air manisan dalam susu
  • Hentikan penggunaan botol pada kanak-kanak secara beperingkat
  • Bersihkan gigi bayi selepas makan dengan tuala atau kain lembut dan bersih
  • Bawa berjumpa doktor apabila berusia 2-3 tahun

Ketahuilah, kesihatan mulut perlu untuk hidup sihat. Hargailah gigi anak anda dan kesihatan gigi anak anda di tangan anda.

Pereputan gigi atau karies gigi merupakan penyakit berjangkit berkait dengan pemakanan  yang sering melibatkan gigi.

Kawal pengambilan gula

Makanan bergula  secara idealnya hanya perlu dimakan bersama  hidangan utama, jika ia diambil sebagai snek ia meningkatkan masa asid terdedah di dalam mulut. Di samping itu, kadar aliran air liur adalah lebih tinggi pada waktu hidangan utama. Air liur membantu dalam membersihkan gula di dalam  mulut kerana ia dapat mengurangkan penghasilan asid. Sesetengah minuman seperti minuman air berkarbonat atau lemon adalah sangat berasid. Selain adanya karies gigi, ia mungkin melembutkan dan menghakis permukaan gigi (hakisan enamel).
Kekalkan kebersihan mulut yang baik

• Berus gigi secara menyeluruh setiap hari dengan ubat gigi berfluorida
• Floss gigi setiap hari bagi membersihkan celah-celah gigi
• Dapatkan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun
 

Penyakit gusi boleh bermula di peringkat kanak-kanak dan boleh menjadi lebih teruk di awal usia dewasa hingga ke peringkat pertengahan umur

 

Penyakit gusi disebabkan oleh plak yang terkumpul di antara dan di sekeliling leher gigi. Bakteria pada plak menghasilkan toksin yang merengsakan tisu gusi yang menyebabkan gusi menjadi kemerahan, keradangan dan berdarah. Jika tidak dikawal, penyakit gusi boleh merebak ke gentian sokongan dan tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi menjadi longgar.

 

Gusi berdarah selalunya merupakan tanda penyakit gusi. Keadaan ini selalunya akan pulih jika plak disingkirkan melalui pemberusan dan gigi diflos setiap hari. Pendarahan gusi juga kerap berlaku semasa tempoh perubahan hormon ketika baligh dan kehamilan. Namun begitu, kadang-kala pendarahan gusi juga merupakan tanda gangguan penyakit darah.

Sebenarnya, anda boleh mengurangkan risiko mendapat kanser mulut dengan mengamalkan tabiat gaya hidup yang sihat.
Bagaimana saya boleh melindungi diri saya daripada mendapat kanser mulut?

• Elakkan penggunaan sebarang jenis produk tembakau (contohnya rokok, tembakau paip, cerut, mengunyah tembakau) terutama sekali bersama dengan pengambilan alkohol yang berlebihan.
• Elakkan mengunyah sirih khususnya bersama-sama tembakau.
• Elakkan pengambilan alkohol yang berlebihan.
• Pendedahan kepada cahaya matahari yang berulang kali boleh meningkatkan risiko kanser bibir.
• Makan makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang kaya dengan antioksida vitamin A, C dan E.
• Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
• Berjumpa dengan doktor gigi anda sekurang-kurangnya sekali setahun untuk pemeriksaan mulut. Kanser sering bermula sebagai bintik kecil putih atau merah di mana-mana bahagian mulut yang tidak disedari .
• Pengesanan awal kanser mulut boleh meningkatkan peluang kejayaan rawatan.
• Lakukan pemeriksaan mulut sendiri. Luangkan masa beberapa minit secara berkala untuk diperiksa bibir, gusi, permukaan dalam pipi (cheek lining- dalam mulut), lidah serta lantai mulut dan lelangit mulut anda.

Perhatikan jika terdapat apa-apa perubahan berikut dalam mulut anda:

• Perubahan warna seperti tompok merah atau putih
• Gumpalan, penebalan, tompokan kasar, berkerak atau kawasan kecil yang terhakis
• Ulser secara berterusan yang tidak sakit / sakit yang mudah berdarah dan tidak sembuh
• Kesukaran mengunyah, menelan, bercakap atau menggerakkan rahang atau lidah
• Perubahan suara
• Perubahan dalam cara susun atur gigi anda
• Sakit, rasa tidak selesa atau kebas di mulut atau bibir
Di samping itu, perhatikan perubahan lain seperti penurunan berat badan secara mendadak  atau terdapat ketulan pada leher anda. Jika keadaan ini berterusan, sila hubungi doktor gigi anda untuk pemeriksaan.

Maloklusi merupakan gigitan yang bermasalah. Ini berlaku apabila saiz dan bentuk gigi tidak sepadan dengan rahang. Pertumbuhan rahang dan saiz gigi dipengaruhi oleh genetik ibu bapa. Maloklusi juga disebabkan oleh kehilangan terlalu awal gigi susu menyebabkan gigi bersebelahan bergerak ke ruang gigi tersebut dan kehilangan ruang.
Apa yang perlu saya lakukan jika anak saya yang berusia 6 tahun mengalami kesesakan gigi?

Masalah kesesakan gigi  kerap berlaku bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa. Kesesakan gigi boleh mengakibatkan masalah gigi di masa akan datang seperti kerosakan gigi, keradangan gusi (gingivitis) dan penyakit periodontal. Jika kesesakan gigi berlaku pada kanak-kanak berusia 10-11 tahun di mana semua gigi kacip atas dan bawah dan gigi taring telah tumbuh, masalah kesesakan gigi mungkin ini tidak akan selesai dan gigi anak anda perlu diperiksa pakar ortodontik atau pakar pergigian pediatrik.

 

Sakit gigi boleh berlaku dalam beberapa keadaan. Ia terdiri daripada sakit yang tajam, sakit yang tumpul, berdenyut, sakit apabila memberus gigi dan sakit apabila menggigit. Jenis dan sifat sakit biasanya menjadi penunjuk terhadap tahap keterukan masalah.

Sakit yang tajam
Sakit jenis ini selalunya disebabkan ada lubang pada gigi dan berpunca daripada meminum air yang panas atau sejuk.
Sakit yang tumpul
Sakit jenis ini dirasai tanpa sebarang ransangan. Ia disebabkan oleh bacteria yang menyerang ruang saraf dan menyebabkan kerosakan sel-sel saraf yang masih hidup. Sakit ini mungkin dirasai semasa baring pada pada katil dan waktu malam. Ini disebabkan oleh peningkatan tekanan darah dalam gigi semasa pesakit baring.
Sakit yang tajam semasa menggigit
Rasa sakit mungkin berlaku semasa anda menggigit. Selalunya melibatkan gigi geraham. Ia disebabkan adanya rekahan halus (seperti garis helaian rambut) pada enamel  yang menyebabkan gigi boleh bergerak semasa menggigit.
Sakit yang tajam semasa menggigit berdekatan gusi
Dengan adanya peningatan usia dan gigi yang lusuh,  gusi kita cenderung untuk menurun mendedahkan lapisan pelindung simentum  yang menutupi permukaan akar gigi.
 

Selalunya rasa sakit ini boleh berhenti atau berkurangan apabila dua tablet (1000mg)  Paracetamol (Panadol) diambil. Sila dapatkan rawatan gigi pada esok pagi.

•    Jika gigi kekal terhantuk keluar (dari soketnya) secara tidak sengaja, adalah penting untuk mengetahui langkah-langkah menyelamatkan gigi tersebut. Tindakan pantas boleh meningkatkan peluang untuk menyelamatkan gigi tersebut.
•    Cari gigi tersebut. Pastikan gigi tersebut dipegang di bahagian koronanya, bukan pada akar gigi.
•    Bilas gigi tersebut dengan air yang mengalir secara berhati-hati bagi membersihkan kotoran.
•    Masukkan gigi tersebut kembali ke dalam soket. Pastikan gigi tersebut diletakkan menghala ke arah yang betul. Pegang gigi pada tempatnya dengan berhati-hati dengan menggigit pada sapu tangan yang bersih.
•    Jika anda tidak boleh masukkan semula gigi tersebut pada soket, simpan gigi tersebut dalam susu segar atau cecair salina(saline) normal. Jangan biarkan gigi menjadi kering.
•    Minta bantuan daripada klinik gigi dengan segera

 

• Jika anda menggunakan gigi palsu, keluarkan gigi palsu tersebut sebelum memberus dan bersihkan gigi palsu secara berasingan.
• Ia adalah sangat penting untuk mengamalkan kebersihan gigi yang baik untuk memastikan kesihatan gigi yang masih ada dan gusi dapat dikekalkan.
•Setiap kali selepas makan tanggalkan gigi palsu dari mulut untuk dibilas dan dibersihkan sisa makanan.
• Bersihkan gigi palsu anda dengan teliti menggunakan berus gigi dan sabun setiap hari.
• Rendam gigi palsu dalam bekas air / pembersih gigi palsu apabila tidak digunakan.
• Yang paling penting, JANGAN tidur sambil memakai gigi palsu anda di dalam mulut.

 

Pengurusan

Untuk makluman tuan/puan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2012 Bahagian V, dokumen wajib yang perlu dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi tujuan pengesahan lantikan adalah seperti berikut :
    i) Surat setuju terima pelantikan (6A),
    ii) Surat akuan sumpah (6B),
    iii) Surat aku janji,
    iv) Surat akuan doktor,
    v) Penyata perubahan (kewangan 8); dan
    vi) Sijil tapisan keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan.
 

Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah layak diberi elaun dan kemudahan seperti berikut :-
i)  Bayaran Insentif Wilayah (BIW)
ii)  Elaun Perumahan Wilayah
iii)  Elaun Gangguan (EG)
iv) Tambang Mengunjungi Wilayah Asal (TMWA)
v)  Tambang Ehsan (TE)
vi) Tambang Mengiringi Jenazah kepada  keluarga pegawai yang bertukar wilayah
Pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berkhidmat di wilayah selain dari wilayah asalnya. Wilayah dalam konteks ini bermaksud Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan. Wilayah asal seseorang pegawai adalah berdasarkan wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai. Sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza, pegawai boleh memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa sebagai wilayah asalnya.
Pegawai yang bertukar wilayah boleh memilih sama ada menerima Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dengan menggunakan Borang JPA (EPW) yang terdapat di dalam PP Bil. 11 Tahun 2001. Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan.
Ya. Pegawai yang diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk bertukar atas permohonan sendiri layak dipertimbangkan bayaran perpindahan dan pertukaran sekiranya pertukaran dan perpindahan tersebut memenuhi salah satu daripada syarat berikut :

a. telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di stesen berkenaan atau 3 tahun   di kawasan hidup susah; atau
b. bagi mengikuti suami/isteri yang telah bertukar terlebih dahulu dengan syarat pegawai telah berkhidmat melebihi setahun di pejabat terakhirnya; atau
c. atas sebab-sebab kesihatan pegawai atau ahli keluarga (suami / isteri / anak-anak) dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau
d. bagi menjaga ibu / bapa yang uzur yang memerlukan jagaan rapi dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau
e. atas sebab-sebab ketidaksesuaian penempatan berdasarkan kepakaran ilmiah atau keadaan serba salah yang boleh memudaratkan pegawai
Kemudahan Tambang Ehsan disediakan untuk pegawai Perkhidmatan Awam yang memenuhi takrifan pegawai "bertukar wilayah" berdasarkan peraturan perenggan 7, PP 5/1978. Kemudahan disediakan dari tempat pegawai bertugas ke ibu kota wilayah asal pegawai sekali bagi salah satu daripada dua tujuan iaitu sakit tenat atau meninggal dunia. Pegawai layak diberi 4 kali sahaja untuk menziarahi ibu, bapa, ibu mertua dan bapa mertua yang sakit tenat atau meninggal dunia.

Kelulusan Tambang Ehsan adalah oleh Ketua Jabatan. Dalam konteks ini, Ketua Jabatan adalah Pengarah Kesihatan Negeri Melaka.

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1978, kemudahan Tambang Ehsan diberi kepada pegawai yang bertukar wilayah. Pegawai layak diberi kemudahan ini untuk tujuan menziarahi ibu, bapa, ibu mertua dan bapa mertua yang sakit tenat atau meninggal dunia tertakluk kepada 4 kali kemudahan sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan jika pegawai mempunyai ibu bapa dan ibu bapa mertua.

Kemudahan Tambang Ehsan hanya diberi untuk seorang sahaja sama ada kepada pegawai dengan tambang mengikut kelayakan ATAU seorang ahli keluarga dengan tambang penerbangan Kelas Ekonomi.
 
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1978

Pemberian ITP kepada pegawai yang menduduki kuarters pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai mengikut penetapan PP8/2015 adalah merangkumi semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana (Gred 11 hingga 40), Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 hingga 54) dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA hingga TURUS).

Pemberian 25% ITP juga terpakai kepada semua pegawai dalam Kumpulan Pelaksana (Gred 11 hingga 40), Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 hingga 54) dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA hingga TURUS) yang bertukar wilayah dan menduduki kuarters berdasarkan perkara 5, PP8/2015. Kerajaan telah menetapkan bahawa semua pegawai awam yang menduduki kuarters layak mendapat ITP pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai. Ini meliputi pegawai-pegawai yang bertukar wilayah.

Berdasarkan perkara 7, PP8/2015, pegawai yang diperuntukkan kuarters, layak menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai. Manakala berdasarkan perkara 8, PP8/2015, pegawai yang tidak diperuntukkan kuarters, layak untuk menerima bayaran ITP atau EPW mengikut perbekalan perkara 6.2, PP11/2001.

Pegawai layak dibayar Elaun Perumahan Wilayah (EPW) mulai dari tarikh pegawai melaporkan diri di wilayah penempatan.

Elaun Gangguan merupakan suatu bayaran yang diberi kepada pegawai yang bertukar wilayah apabila pegawai ditukarkan balik ke wilayah asalnya. Elaun Gangguan dibayar atas kadar sebulan gaji hakiki pegawai. Sekiranya perlu, Elaun Gangguan dibayar secara pendahuluan sebanyak separuh daripada gaji yang diterimanya ketika itu. Baki bayaran Elaun Gangguan akan dibayar berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai itu sejurus sebelum ia bertukar semula ke wilayah asalnya. Bagi dua orang pegawai suami isteri yang bertukar semula ke wilayah asal, hanya seorang sahaja yang layak menuntut Elaun Gangguan mengikut gaji siapa yang lebih tinggi.

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod akan bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat.
Dalam hal ini “selepas waktu pejabat” bermaksud selepas pukul 5.30 petang berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa, atau pindaannya dari semasa ke semasa. Sekiranya kematian berlaku selepas pukul 5.30 petang maka Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bermula pada hari berikutnya. Peraturan ini juga terpakai bagi pegawai yang waktu bekerja bukan pejabat/ syif.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut kepada pegawai Perkhidmatan Awam termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Ahli Keluarga Terdekat bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat (yang sah di sisi undang-undang), bapa kandung atau bapa angkat (yang sah di sisi undang-undang), ibu mentua, bapa mentua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara.

“Pekerja Sambilan Harian” bermaksud Seseorang pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/ program,ad hoc atau tugas bermusim (seasonal) dan tempoh maksimum perkhidmatan PSH adalah tidak lebih dari 3 bulan. Sekiranya masih terdapat keperluan mendesak, Ketua Jabatan boleh melanjutkan perkhidmatan PSH sehingga tempoh maksimum terakhir/ muktamad 3 bulan lagi.
Kadar upah PSH ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan. Kadar upah adalah berdasarkan kelayakan akademik seperti berikut :
 
 Kelayakan Akademik  Kadar Upah (RM/Sehari)
 Ijazah Sarjana Muda  RM 100.00
 Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) / Diploma  RM 72.00
 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  RM 54.00

Pegawai layak menggunakan CSG kerana tafsiran sanak-saudara yang rapat kepada pegawai adalah termasuk keluarga pegawai sendiri, adik beradik, ibu bapa, ibu bapa mentua, datuk dan nenek.

Rujukan : Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1985 (SPP5/1985)

Pegawai layak menggunakan CSG kerana tafsiran sanak-saudara yang rapat kepada pegawai adalah termasuk keluarga pegawai sendiri, adik beradik, ibu bapa, ibu bapa mentua, datuk dan nenek.
Rujukan: Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1985 (SPP5/1985)
Kelayakan CSG adalah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap satu (1) tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari.
Maka, berdasarkan pengiraan berikut, kelayakan CSG pegawai adalah sebanyak 45 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
CSG = Tempoh PYM (hari) x 30 hari
                             365 hari
= (547hari / 365 hari) x 30 hari
= 45 hari
Rujukan : Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974
a) Syarat minimum layak memohon Cuti Tanpa Gaji di dalam atau di luar negeri ialah sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan;
b) Pegawai telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan sebelum mengambil Cuti Tanpa Gaji;
c) Baki Cuti Tanpa Gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan yang melayakkan;
d) Cuti Tanpa Gaji hendaklah direkodkan di dalam Kenyataan Cuti dan Buku Perkhidmatan; dan
e) Kadar Cuti Tanpa Gaji adalah 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 360 hari.
 Rujukan: Perintah Am 14 Bab C (Cuti) Tahun 1974
Cuti-cuti lain seperti Cuti Sakit Lanjutan (Tanpa Gaji), Cuti Bersalin Tanpa Gaji dan Cuti Menjaga Anak (Tanpa Gaji) tidak menjejaskan peruntukkan kadar kelayakan CTG di bawah Perintah Am 14 Bab C (Cuti) Tahun 1974 kerana CTG hanya diperuntukkan atas sebab urusan persendirian yang mustahak.  
Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Bahagian Saraan, JPA melalui Unit Sumber Manusia di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sekiranya pegawai tidak memenuhi syarat untuk menggunakan Cuti Haji dan tidak mempunyai tempoh perkhidmatan yang melayakkan untuk menggunakan CTG atas tujuan urusan peribadi.
Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2012 Bahagian V, pengesahan dalam perkhidmatan seseorang pegawai dikira berdasarkan kelayakan dan telah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
 
i)   Berjaya menjalani tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
ii)  Hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus;
iii)  Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
iv)  Mendapat sokongan atau diperakukan oleh Ketua Jabatan.

dan dokumen yang diperlukan adalah :
i)   Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga P.U. (A) 176);
ii)  Borang Opsyen bagi skim KWSP mengikut subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980    (Jadual Kelima P.U. (A) 176); dan
iii)  Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dengan catatan:
       a) Hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus;
       b) Keputusan peperiksaan yang disyaratkan ;
       c) Pelanjutan tempoh percubaan (jika berkenaan); dan
       d) Keputusan tatatertib (jika berkenaan).
Berdasarkan Perintah Am Bab C, cuti yang layak dipohon oleh seseorang pegawai awam kerana perkhidmatan adalah seperti berikut :
i) Cuti Rehat
ii) Cuti Separuh Gaji
iii) Cuti Tanpa Gaji
Manakala bagi kelayakan jenis Cuti Atas Sebab Perubatan adalah seperti berikut:
i) Cuti Sakit
ii) Cuti Sakit Lanjutan
iii) Cuti Pemulihan dan Cuti Kuarantin
iv) Cuti Bersalin
v) Cuti Kecederaan
vi) Cuti Tibi. Kusta dan Barah
Permohonan pertukaran dalaman yang dikemukakan oleh pegawai adalah sah dan berkuat kuasa bagi tempoh tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.  Pertimbangan pertukaran oleh Jawatankuasa Pertukaran dan Penempatan (JKPP) JKNM terhadap permohonan pegawai ke tempat yang dipohon dibuat berdasarkan kepada perkara-perkara berikut selaras dengan perenggan 30 Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Bilangan 1 Tahun 2012 :  
 (i) tempoh permohonan;
(ii) tempoh perkhidmatan;
(iii) tempat berkhidmat;
(iv) status rekod perkhidmatan;
(v)  bilangan anak;
(vi) jarak tempat kerja suami/isteri;
(vii) masalah kesihatan suami/isteri/anak/ibu bapa; dan
(viii) sokongan Ketua Jabatan.

Sehubungan itu, permohonan pertukaran puan adalah masih sah selagi ianya tidak tamat tempoh dan keputusan berhubung permohonan pertukaran puan akan dimaklumkan kepada pihak puan melalui Ketua Jabatan sekiranya diluluskan oleh JKPP JKNM setelah mengambilkira asas-asas pertimbangan yang dinyatakan di para 3 di atas dan juga atas faktor kepentingan perkhidmatan jabatan.
 
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007, Pegawai yang layak diperakukan untuk menanggung kerja ialah :
 i) Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
ii) Sekiranya tiada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan, pegawai    yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan; dan
iii) Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yang paling layak dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran, kepakaran dan berprestasi baik.

Nota : Penjelasan lanjut berhubung urusan Penanggungan Kerja boleh dirujuk dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007
 

Perubatan

Pesakit perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan terlebih dahulu sebelum  boleh dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.

Kadar bayaran / caj yang dikenakan oleh pihak hospital adalah berbeza mengikut kelas wad, disiplin, jenis rawatan dan taraf kewarganegaraan pesakit.

Maklumat  lanjut berkenaan kadar bayaran / caj, sila klik disini

 

 

Kad Kebajikan Masyarakat / Kad Orang Kuarng Upaya (OKU)/ Kad Pencen / Surat Pengesahan bagi kakitangan kerajaandan surat sekolah.

Kes-kes kecemasan yang perlu mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan adala kes-kes seperti kemalangan (jalan raya, tempat kerja, domestic), serangan lelah, serangan jantung, pengsan, kes gigitan ular, kebakaran, sawan, keracunan makanan, sakit perut yang teruk dan kes-kes pendarahan.

Farmasi

Semua produk kecantikan atau kosmetik perlu mendapat notifikasi yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Unit Kosmetik, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut berkenaan prosedur notifikasi kosmetik. BPFK boleh dihubungi di 03-78835400 atau layari laman web rasmi BPFK di http://www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Cosmetics' untuk memuat turun garis panduan yang digunakan untuk notifikasi produk kosmetik..

Bukan semua ubat-ubatan perlu disimpan di dalam peti sejuk. Sila baca maklumat penyimpanan yang terdapat dalam risalah maklumat ubat ataupun boleh tanya pegawai farmasi di hospital/klinik kesihatan berdekatan. Secara kesimpulan, jangan simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi. Untuk ubat cecair, elakkan daripada beku dalam peti sejuk. Ubat yang disimpan dalam peti sejuk harus diasingkan daripada makanan dan minuman.

(Petikan dari http://www.myhealth.gov.my).
Ubat yang rosak atau tidak diperlukan lagi perlu dibuang secara sistematik dan selamat. Terdapat 3 Langkah Bijak Dalam Pengendalian Ubat-ubatan Yang Tidak Diperlukan :
  •  Langkah 1 : Asingkan ubat-ubatan yang telah melepasi tarikh luput, ubat yang tidak digunakan lagi, ubat yang rosak, berubah bentuk fizikal dan warna serta ubat yang disimpan dalam bekas yang kurang jelas labelnya. Masukkan ubat-ubatan yang telah diasingkan ke dalam bekas yang bersesuaian contohnya kotak atau beg kertas.
  • Langkah 2 : Bawa ubat tersebut ke farmasi hospital dan klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
  • Langkah3 : Syorkan kepada saudara mara, kawan serta jiran anda berkenaan program pemulangan ubat ini.
Ubat hanya berfungsi jika anda mengambilnya dengan cara yang betul. Setiap ubat berbeza cara makannya, sama ada sebelum, selepas ataupun bagi sesetengah ubat boleh diambil sebelum atau selepas makan. Sila baca maklumat yang terdapat pada risalah maklumat ubat atau pada label ubat mengenai cara makan ubat yang betul. Anda juga boleh bertanya kepada ahli Farmasi atau doktor anda.

Biasanya ubat perlu dimakan pada masa yang sama setiap hari. Ia juga akan menjadi lebih mudah jika ubat-ubatan diambil bersama-sama dengan aktiviti harian yang biasa dijalankan setiap hari. Sebagai contoh, mengambil ubat-ubatan sebelum atau selepas sarapan pagi, waktu makan tengahari atau sebelum tidur, mengikut jarak masa yang ditetapkan.
Kesan advers ubat ataupun kesan sampingan ubat merupakan simptom yang tidak diingini yang berlaku akibat penggunaan sesuatu ubat termasuk suplemen kesihatan, ubat tradisional dan kosmetik. Kesan sampingan adalah pelbagai. Sesetengah ubat mengakibatkan kesan sampingan yang ringan seperti kegatalan ringan pada kulit, loya dan muntah manakala kesan sampingan yang lebih serius seperti kerosakan hati dan kegagalan jantung juga boleh terjadi. Kesan sampingan boleh berlaku dalam tempoh masa yang singkat selepas pengambilan ubat-ubatan atau selepas penggunaan untuk jangka masa yang panjang.
Terdapat dua cara untuk melaporkan kesan sampingan ubat-ubatan :
  • Melaporkannya kepada pengamal perubatan atau Ahli Farmasi di mana ubat itu diperolehi.
  • Melaporkan kepada Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan yang bertempat di BPFK. Laporan boleh dibuat melalui telefon atau mengisi Borang Laporan Aduan Ubat-ubatan yang boleh diperolehi melalui laman sesawang BPFK, www.bpfk.gov.my , di bawah subseksyen MADRAC.
Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan untuk membunuh bakteria. Oleh itu antibiotik tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan bakteria. Kerintangan terhadap antibiotik terjadi apabila bakteria mengubah dirinya sebagai cara untuk mengurangkan atau menghapuskan keberkesanan antibiotik. Kerintangan antibiotik adalah disebabkan oleh penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak tepat contohnya merawat jangkitan yang disebabkan oleh virus dengan antibiotik. Kebanyakkan jangkitan bahagian atas salur pernafasan (URTI) seperti sakit tekak dan batuk biasa, sebenarnya tidak memerlukan antibiotik untuk rawatan.
Ubat-ubat tertentu boleh memberi kesan buruk ke atas janin pada bila-bila masa semasa mengandung. Sekiranya anda mengandung, ataupun merancang untuk hamil, anda haruslah mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan juga sebarang ramuan herba yang boleh dibeli di pasaran. Sesetengah ubat adalah selamat digunakan manakala ada juga yang tidak selamat. Adalah sangat mustahak untuk anda mendapatkan nasihat daripada anggota profesional perubatan sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.

Dalam tempoh penyusuan susu ibu, penggunaan ubat-ubatan kadang-kala menjadi satu keperluan kepada ibu. Terdapat ubat-ubatan yang boleh memudaratkan bayi.

Bagi mengurangkan risiko bayi anda terdedah pada ubat-ubatan, anda haruslah memberitahu doktor dan ahli farmasi bahawa anda menyusukan anak setiap kali mendapatkan rawatan.

Bergantung kepada keadaan, anda mungkin dinasihati untuk:

  1. Memberhentikan sementara pengambilan ubat-ubatan yang tidak menjadi keperluan
  2. Menangguhkan penyusuan susu badan buat sementara waktu jika perlu
  3. Mengambil ubat segera selepas menyusukan anak bagi memastikan kesan ubat berada pada tahap paling rendah untuk penyusuan akan datang
  4. Mengambil ubat sebelum waktu tidur bayi yang panjang.


Pastikan anak diperiksa selalu bagi mengesan kesan sampingan yang mungkin berlaku. 
(Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/ubat-a-anda/umum/penyusuan-a-ubat)
 

Anda boleh memaklumkan kepada pegawai farmasi semasa mengambil ubat di kaunter farmasi. Ahli farmasi anda akan memastikan anda menerima maklumat yang berguna mengenai cara anda mengambil ubat dan kesan-kesan sampingan ubat yang perlu diberikan perhatian. Perbincangan bersama ahli farmasi akan membantu meningkatkan kefahaman anda mengenai ubat-ubatan yang diambil. Anda perlu memastikan agar anda mengetahui:
  • Kegunaan ubat yang diambil
  • Bagaimana ubat perlu diambil atau diguna
  • Berapa dos ubat perlu diambil
  • Waktu untuk mengambil ubat anda
  • Berapa lama ubat seharusnya diambil
  • Tarikh luput ubat-ubatan

Mulai 15 Februari 2012, kerajaan telah melantik Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. melalui tender terbuka bagi melaksanakan pembiayaan ubat dan peralatan perubatan yang dibekalkan kepada Pesara Awam Persekutuan melalui Electronic Medical Automation Supply System (e-MASS). Melalui e-MASS, Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. merupakan perantara di antara JPA dengan Pesara Awam Persekutuan bagi mendapatkan bekalan ubat dan peralatan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan.

Dengan pelaksanaan e-MASS, Pesara Awam Persekutuan boleh mendapatkan bekalan ubat/peralatan perubatan di hospital/klinik/farmasi/agensi swasta yang berdaftar dengan Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. tanpa membuat sebarang bayaran (tertakluk kepada syarat-syarat). Pesara Awam Persekutuan boleh mendapatkan bekalan ubat/peralatan perubatan melalui kaedah-kaedah seperti berikut :  

  1. Datang terus ke hospital/klinik/farmasi/agensi swasta yang berdaftar dengan Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd.;  
  2. Menghubungi Call Centre yang disediakan dan penghantaran akan dibuat secara terus oleh Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. kepada Pesara Awam Persekutuan atau hospital; atau 
  3. Membuat tempahan melalui laman web e-MASS dan penghantaran akan dibuat secara terus oleh Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. kepada Pesara Awam Persekutuan atau hospital.

Senarai hospital/klinik/farmasi/agensi swasta yang berdaftar dengan Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. boleh diperolehi melalui laman web www.oratis.com.my  

Selaras dengan pelaksanaan e-MASS, mulai 15 Mei 2012 JPA tidak akan menerima sebarang permohonan tuntutan bayaran balik perbelanjaan perubatan bagi pembelian ubat dan peralatan perubatan daripada Pesara. Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. akan bertanggungjawab menguruskan pembekalan ubat dan peralatan perubatan kepada Pesara Awam Persekutuan dan kemudiannya menyalurkan tuntutan kepada JPA untuk membuat bayaran balik kepada rangkaian farmasi dan pembekal peralatan perubatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.jpapencen.gov.my/emass.html (Petikan daripada  Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan)

  • Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat ataupun dicapai oleh kanak-kanak.
  • Simpan ubat di dalam kabinet atau laci berkunci.
  • Simpan ubat dalam bekas asal dan pastikan label pada bekas adalah jelas. Kestabilan ubat-ubatan tertentu akan terjejas sekiranya ia disimpan dalam bekas selain daripada yang telah dikhaskan untuk produk tersebut. Label pula mengandungi informasi penting mengenai cara pengambilan ubat yang betul.
  • Simpan ubat jauh daripada cahaya dan suhu tinggi.
  • Simpan ubat di tempat yang dingin dan kering. Jangan simpan ubat kapsul atau tablet di dalam bilik mandi, berdekatan dengan sinki dapur, ataupun di tempat yang lembap. Simpan ubat anda di tempat yang sesuai seperti bilik tetamu atau bilik tidur. Ini adalah kerana kepanasan dan kelembapan boleh menyebabkan ubat rosak. Kapas di dalam bekas ubat harus dibuangkan selepas bekas dibuka untuk mengelakkan kelembapan berkumpul di dalam bekas ubat.

(Petikan dari http://www.myhealth.gov.my).

Sebenarnya, kos untuk membangunkan sesuatu jenis ubat baru (innovator) memerlukan pelaburan wang yang besar bagi tujuan penyelidikan, pembangunan, pemasaran dan promosi ubat tersebut.

Penghasilan ubat-ubat generik tidak melibatkan kos penyelidikan dan pembangunan dari awal, maka kos yang dilaburkan adalah jauh lebih rendah berbanding ubat innovator. Apabila terdapat banyak syarikat berlumba-lumba mengeluarkan dan menjual ubat generik yang sama, persaingan di antara mereka juga boleh menyumbang kepada harga yang lebih kompetetif. . (Petikan dari http://www.myhealth.gov.my).

Produk tersebut boleh diperiksa dengan melihat 2 ciri, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram.  Nombor pendaftaran bermula dengan huruf MAL dan diikuti dengan 8 angka serta diakhiri oleh huruf (A/X/N/T/H/K). Contohnya MAL19991234T, MAL20033521X dan NOT131103825K. Produk berdaftar perlu mempunyai pelekat hologram yang tulen juga.

Contoh huruf dan maksudnya pada nombor pendaftaran adalah seperti berikut:
 
A= Racun berjadual
X= Racun tidak berjadual
N= Suplemen kesihatan 
T= Ubat tradisional
H= Produk Veterinar
K – Kosmetik (atau bermula dengan NOT)

Kadang-kadang, nombor pendaftaran dan hologram palsu digunakan oleh pengilang yang tidak bertanggungjawab. Untk kepastian, senarai produk yang berdaftar dengan PBKD boleh disemak melalui laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Registered Product Search' (Quest 2 & Quest 3)  dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian. Untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, gunakan dekoder Meditag yang terdapat di kedai farmasi yang berhampiran.
Ubat berdaftar adalah ubat yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan penggunaan dan jualannya di Malaysia. Produk ini telah dianalisa dan diuji akan kualiti serta keselamatannya. Setiap ubat yang telah berdaftar akan diberi nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen. Orang ramai dinasihatkan supaya jangan menggunakan ubat yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan kerana banyak berlaku kesan sampingan yang tidak diingini
Penggunaan Logo halal adalah dibolehkan untuk produk kosmetik, dengan syarat mendapat persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jakim. Walau bagaimanapun, penggunaan logo halal ini bergantung kepada permohonan sijil oleh pihak pengilang/pengedar dan bukan merupakan keperluan mandatori.
Aduan boleh dibuat di Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Petaling Jaya (03-78413200) atau kepada mana-mana Pegawai Pengutkuasa Farmasi di Bahagian Perkhidmatan Farmasi setiap negeri yang berkenaan (http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/bahagian-perkhidmatan-farmasi-negeri.html). Maklumat dan aduan orang ramai adalah sangat dihargai dan akan dirahsiakan identiti pemberi maklumat. 
SPUB adalah singkatan untuk Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu. Melalui sistem ini pesakit boleh mengambil ubat di fasiliti kesihatan yang berhampiran dengan tempat tinggalnya atau di fasiliti yang dipilihnya. Perkhidmatan ini membolehkan pesakit mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenarai dalam Direktori SPUB KKM melalui sistem rujukan yang seragam di seluruh negara. 
Anda perlu mendapatkan preskripsi doktor dan mendapatkan bekalan ubat pertama kali di farmasi terlebih dahulu. Selepas itu, anda boleh berbincang dengan pegawai farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat seterusnya di hospital/klinik kesihatan yang dipilih oleh anda. Sila pastikan preskripsi anda telah dicop dengan cop rujukan SPUB sebelum meninggalkan kaunter farmasi.
Perkhidmatan Farmasi SMS dan Ambil adalah suatu perkhidmatan yang disediakan kepada pesakit yang mengambil bekalan ubat ulangan sahaja. Pesakit tersebut boleh mengambil bekalan ubat susulan tanpa perlu beratur atau menunggu lama. Pesakit hanya perlu menghantar pesanan ringkas (SMS) tentang butiran pesakit beserta tarikh dan masa yang diingini sebelum datang mengambil ubat. Di negeri Melaka, pelanggan boleh memohon perkhidmatan ‘SMS dan Ambil Ubat’ di Jabatan/Unit Farmasi di Hospital Melaka, Hospital Alor Gajah dan Klinik Kesihatan Durian Tunggal. 
Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1Malaysia) adalah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit di seluruh Malaysia melalui PosLaju dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. UMP 1Malaysia merupakan salah satu daripada perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk kemudahan pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan mereka.

Perkhidmatan ini ditawarkan bagi kiriman ubat pesakit  di dalam lingkungan liputan PosLaju di Malaysia dan boleh diperolehi di kebanyakan Hospital Utama di setiap negeri  

Pesakit

  • Patuh dan faham mengenai terapi pengubatan
  • Faham cara penggunaan dan pengambilan ubat
  • Stabil

Preskripsi

  • Susulan
  • Penyakit kronik
  • Bekalan ubat kali pertama di kaunter farmasi
  • Tempoh melebihi 1 bulan

Ubat

  • bentuk dos tablet / kapsul
  • tidak memerlukan penyimpanan khusus
  • bukan jenis psikotropik
  • tidak dibekalkan secara berasingan
Ubat innovator/berjenama adalah ubat yang dicipta kali pertama, mengandungi bahan aktif tertentu dan menerima kelulusan untuk digunakan. Lazimnya ubat dihasilkan setelah dikenalpasti tahap kualiti, keselamatan dan keberkesanannya untuk digunakan. Ubat baru perlu melalui proses penyelidikan yang rumit dan panjang. Apabila sesuatu ubat baru pertama kali dibangunkan, ia akan dipatenkan oleh syarikat yang mencipta ubat tersebut dan kebanyakan paten ini dilindungi sehingga 20 tahun. Sepanjang tempoh paten tersebut, syarikat lain tidak dibenarkan membuat ubat yang sama sehinggalah tempoh paten tamat.

Ubat generik pula adalah ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama dengan ubat innovator/berjenama. Bahan aktif adalah bahan kimia yang memberikan kesan pengubatan dalam sesuatu jenis ubat. Dalam erti kata lain, kesan farmakologi ubat generik adalah sama seperti ubat innovator/berjenama. Ubat generik dihasilkan setelah paten sesuatu ubat innovator tamat  ataupun apabila sesuatu ubat tidak ada perlindungan paten. Walau bagaimanapun ubat generik mungkin kelihatan sedikit berbeza kerana bahan-bahan yang tidak aktif seperti pewarna dan perasa yang mungkin berbeza daripada ubat innovator. Bahan-bahan ini tidak memberi kesan kepada keselamatan, keberkesanan dan prestasi ubat generik. (Petikan dari http://www.myhealth.gov.my). 
Bekalan sebulan diberikan supaya pegawai farmasi boleh sentiasa memantau tahap kepatuhan pesakit terhadap ubat dan sama ada pesakit mempunyai kesan sampingan setelah mengambil ubat. Di samping itu, kualiti ubatan juga lebih terjamin kerana cara penyimpanan ubat oleh pihak farmasi adalah dengan cara yang betul dan pada suhu yang bersesuaian. Ubat yang disimpan di rumah mungkin cepat rosak jika tidak disimpan dengan cara yang betul.

Ini juga sebagai langkah untuk mengurangkan pembaziran ubat. Didapati sesetengah pesakit mempunyai bekalan ubat yang berlebihan dan tidak digunakan serta akan dibuangkan apabila dibekalkan ubat melebihi sebulan. Ini disebabkan perubahan preskripsi/ ubat oleh doktor, pesakit meninggal dunia dan pesakit tidak serasi dengan ubat.

Ubat pesakit yang tinggal jauh atau mengalami kesulitan untuk mendapatkan ubat setiap bulan, anda boleh berbincang dengan pihak Farmasi untuk mendapatkan perkhidmatan SPUB atau perkhidmatan tambah nilai yang lain (contoh Pos).

Kesihatan Awam

Antara faktor-faktor risiko tersebut adalah penagih dadah yang menggunak jarum, mendapatkan perkhidmatan seks dari pelacur atau mereka yang berisiko, mengamalkan gaya hidup seperti Lesbian dan GAY , pasangan mereka yang dijangkiti HIV dan mereka yang terdedah luka kepada mereka yang dijangkiti HIV.

  • Calitan torehan kulit
  • Biopsi kulit
  • Polymerase Chain Reaction (PCR)
  • Tompok-tompok putih atau kemerahan di kulit yang kurang sentuhan rasa, tidak gatal dan tidak berpeluh
  • Jangkitan kronik menyebabkan penebalan cuping telinga dan kulit muka serta keguguran bulu kening
  • Rasa kekebasan, kesemutan, pengurangan rasa dan kelemahan otot-otot tangan dan kaki
  • Kecacatan tangan dan kaki

Penyakit ini berjangkit / tersebar melalui titisan cecair yang tersebar di udara dari pesakit semasa mereka batuk atau bersin.

Sejenis penyakit berjangkit kronik yang disebabkan bakteria Mycobacterium Leprae yang menyerang kulit, membran mukosa dan saraf peripheral. Penyakit ini boleh menyebabkan kecacatan di kulit, mata, tangan dan kaki jika tidak dirawat.

Directly Observed Treatment (DOT) adalah kaedah rawatan penyakit Tibi di mana pesakit diselia secara langsung oleh penyelia terlatih apabila mengambil ubat-ubatan Tibi, bagi memastikan pesakit mengambil rawatan dengan sempurna sehingga sembuh.

Untuk makluman lanjut, sila layari:

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/T/pdf/24_Ris_TB_Baru_BM.pdf

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/T/pdf/33_tibi.pdf

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/T/pdf/10_Ris_Tb_BM.pdf

  • Dapatkan suntikan vaksinasi BCG untuk bayi yang baru lahir.
  • Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya batuk berterusan melebihi seminggu.
  • Semua kontak/ahli keluarga pesakit Tibi hendaklah membuat pemeriksaan saringan.
  • Pastikan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana ianya boleh membunuh kuman Tibi.
  • Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap.
  • Amalkan cara hidup yang sihat dan makanan seimbang.
  • Perlu mengamalkan etika batuk bagi mengelakkan tersebarnya kuman jangkitan.

Ujian pemeriksaan kahak AFB dan saringan X-ray dada boleh diperolehi di klinik kesihatan dan hospital kerajaan.

  • Kontak/Ahli keluarga kepada pesakit Tibi
  • Pesakit Kencing Manis/ Diabetes Mellitus
  • Pesakit HIV
  • Pesakit buah pinggang yang sedang dalam rawatan dialisis
  • Wargaemas berumur 60 tahun ke atas
  • Mereka yang tinggal dalam persekitaran sesak contohnya penghuni penjara dan CCRC
  • Pesakit paru-paru yang kronik
  • Perokok tegar

Individu yang mempunyai tanda dan gejala berikut hendaklah menjalankan pemeriksaan di klinik kesihatan berhampiran:

  • Batuk berterusan
  • Batuk berdarah
  • Kurang selera makan
  • Susut berat badan
  • Demam
  • Berpeluh waktu malam
  • Pernah terdedah kepada mana-mana pesakit Tibi sebelum ini

Penyakit ini merebak melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini akan terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit Tibi disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Tuberculosis, yang kebiasaannya menyerang bahagian paru – paru manusia.

Klinik ini menjalankan pengawasan perubatan (medical surveillance) di kalangan anggota kesihatan yang berisiko dan juga merupakan klinik rujukan bagi kes – kes penyakit pekerjaan. Antara pemeriksaan yang di jalankan adalah ujian audiometric dan ujian spirometri.

Anggota keluarga dan sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit hendaklah menjalani pemeriksaan bagi mengesan penyakit ini lebih awal. Ini dapat mengawal penyakit Kusta ini daripada terus merebak. Rawatan awal dapat mengurangkan atau mencegah komplikasi dan kecacatan. Diagnosa awal dan rawatan yang sempurna adalah cara terbaik mengawal penularan penyakit ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/K/pdf/47_kusta.pdf

Keselamatan dan Kualiti Makanan

Semua premis makanan perlu didaftarkan agar aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, penghantaran, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau penbungkusan semula apa-apa makanan itu dapat dijalankan seperti dinyatakan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Anda perlu membuat pendaftaran premis dengan Kementerian Kesihatan di bawah kategori premis yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan makanan untuk dijual.
Anda perlu mendaftarkan setiap cawangan walaupun di bawah satu syarikat Keperluan ini selaras dengan peruntukan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Pemilik perniagaan atau wakil boleh mendaftarkan premis makanan melalui salah satu cara tersebut :

Tempoh pendaftaran premis makanan adalah sah untuk 3 TAHUN dan perlu diperbaharui.

Pendaftaran premis makanan melalui sistem FoSIM adalah PERCUMA

Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk mendaftarkan premisnya dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun.
Anda tidak perlu mendaftar syarikat perkhidmatan pengangkutan / penghantaran makanan untuk pelanggan.
Anda perlu mendaftar premis dalam kategori kenderaan yang dijadikan sebagai premis menjual makanan yang sedia untuk dimakan.
Anda tidak perlu mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan tetapi perlu mematuhi keperluan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Anda perlu mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan kerana menjalankan pembungkusan semula makanan termasuk dalam kategori premis  yang perlu didaftarkan seperti dinyatakan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Anda wajib mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan kerana menjalankan perniagaan katering termasuk dalam kategori premis yang perlu didaftarkan.
  • semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan
  • semua premis makanan yang terlibat dalam katering dan katering makanan secara besar-besaran
  • semua premis yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan makanan untuk dijual
  • semua kenderaan yang dijadikan sebagai premis menjual makanan yang sedia untuk dimakan.
Anda wajib mendaftarkan premis dengan KKM selaras dengan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Hanya premis makanan yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan untuk tujuan jualan sahaja diwajibkan untuk didaftarkan.
Pengguna sistem aplikasi FoSIM boleh menghantar email ke alamat domestichelpdesk@moh.gov.my sekiranya ada sebarang pertanyaan atau mengalami kesulitan untuk mendaftarkan premis makanan menggunakan sistem aplikasi ini.
Data Terbuka
Data Terbuka
Arkib Elektronik
Arkib Elektronik
Peta Laman
Peta Laman
Laporan Perkhidmatan Online
Laporan Perkhidmatan
Online
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan
Pelanggan
Maklumbalas Pelanggan
Maklumbalas
Pelanggan